Pelakon Aedy Asyraf optimis filem Projek: Kahar yang kini sedang giat menjalani penggambaran mampu membuat peminat terpegun sesuai dengan ekpektasi mereka selepas kejayaan siri Projek: High Council.

Menurut Aedy, meskipun segala proses masih lagi diperingkat awal, namun, semua pihak sudah pun memberikan yang terbaik demi memastikan filem ini sukses.

Aedy Asyraf Yakin Dengan Projek: Kahar, Persediaan Paling Rapi Pernah Dilakukan

“Pada saya, tekanan itu sudah tentu ada kerana kalau kita lihat semula, siri ini merupakan satu kejayaan besar.

“Jadi, setiap peminat mempunyai ekspektasi mereka yang tersendiri dan kita tak boleh halang perkara itu.

“Tugas kami adalah untuk merialisasikan ekspektasi tersebut dan buat yang terbaik.

IKLAN

“Pada saya, apa sahaja ekspektasi penonton, saya yakin mereka tidak akan hampa dan mungkin ia akan menjangkaui harapan mereka sendiri.

“Bagaimanapun, filem ini masih diperingkat awal dah penggambaran masih belum selesai. Namun, berdasarkan skrip dan persediaan yang kami lakukan, kami cuba buat yang terbaik,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Aedy turut memaklumkan para pelakon memberikan komitmen yang sangat tinggi dan sedang membuat persiapan daripada segala aspek.

Aedy Asyraf Yakin Dengan Projek: Kahar, Persediaan Paling Rapi Pernah Dilakukan

IKLAN

“Kami sudah membuat persiapan yang rapi, mencabar dan kompak. Saya sudah buat persediaan hampir dua bulan setengah untuk watak Beja.

“Kita ada sesi dengan jurulatih lakonan, kelas dialek, koreografı, latihan gimmasium dan persediaan makanan sihat.

“Pada saya, ini merupakan persediaan paling besar dan rapi yang pernah saya lakukan sebagai anak seni. Pihak produksi juga telah berikan yang terbaik.

“Jadi, sebagai pelakon filem ini, kami yang akan mewakili segala usaha kerasa mereka,” ujarnya lagi

IKLAN

Lantran itu, pelakon filem War On Terror: KL Anarchy ini percaya tekanan ini akan membantu mereka untuk memberikan kualiti lakonan terbaik.

Aedy Asyraf Yakin Dengan Projek: Kahar, Persediaan Paling Rapi Pernah Dilakukan

“Saya suka dengan tekanan. Tanpa tekanan, kita akan terlalu selesa. Bila kita terlalu selesa, ia agak sukar untuk membezakan watak dengan diri sendiri.

“Tekanan untuk filem ini sangat bagus kerana tidak keterlaluan. Saya masih boleh hadap. Tekanan itulah nanti yang akan menolak kami untuk buat yang terbaik,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI