Tiba-tiba nama penyanyi dan pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Sasha Saidin menjadi perhatian apabila dia telah didakwa sebagai sebagai perampas.
Malah, anggota kumpulan Elite ini juga turut didakwa menjadi punca suaminya, Sirhan Wahab berpisah dengan isteri terdahulu.
Memetik Gempak, ibu kepada seorang cahaya mata itu tampil memberikan penjelasan dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
“Semua itu tidak benar kerana saya hanya rapat dengan suami pada Jun 2019. Kami cuma terkejut apabila seseorang itu sanggup sampai tulis email kepada media untuk membuat fitnah tentang kami.
“Tak apa. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Sasha turut akui dirinya tidak terkesan dengan dakwaan yang telah dibuat selain memberi bayangan tahu akan siapa gerangan yang menulis emel terbabit.
“Tak mengapa, kita tahu kita tak buat apa-apa salah pun. Kami tahu siapa yang tulis emel itu dan apa motif mereka untuk membuat cerita fitnah itu tapi kami maafkannya,” tambahnya lagi.
Terdahulu, sebuah blog hiburan ada memaparkan satu emel yang mendakwa suami kepada artis tersebut, dikatakan telah mengabaikan tanggungjawab.
Emel yang dilayangkan turut mendakwa, keduanya juga menjalinkan hubungan sulit sejak Oktober 2015 dan pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda beberapa tahun selepas itu.
Malah suaminya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita dari Kuala Lumpur dan dibawa tinggal bersama di Dubai.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada Ogos 2019 selepas wanita itu bersalin.
Terdahulu, Sasha sah bergelar isteri kepada Sirhan dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.28 malam, pada Isnin.
Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin dinikahkan adiknya yang juga pelakon, Zain Saidin.
Atas perkahwinan tersebut, Sasha menerima mas kahwin RM1,000 berserta tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran RM10,000, manakala pihak perempuan menyerahkan lima dulang.
Memetik laporan Berita Harian, Prince Harry dan isteri, Meghan bersetuju melepaskan gelaran diraja dan penerimaan dana awam dalam persefahaman dengan Ratu Elizabeth.
Pasangan ini tidak lagi akan menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’ dan Duke dan Duchess of Sussex serta akan menghabiskan masa di Kanada.
Ratu Elizabeth bertitah bahawa keputusan itu dicapai selepas rundingan dan persefahaman dicapai bagi menyokong keputusan mereka untuk jalani kehidupan yang lebih bebas.
Dengan keputusan ini, pasangan ini tidak lagi menggunakan gelaran diraja bagi tujuan rasmi dan dianggap tidak lagi sebagai mewakili anggota keluarga diraja.
Mereka juga perlu membayar balik RM12.5 juta wang pembayar cukai yang digunakan bagi mengubah suai kediaman sebelum ini.
Sumber : Berita Harian & Getty Image
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ezad Lazim atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ada berkongsi satu posting perihal pengakuan seorang peminat yang pernah memaki hamunnya, lebih 18 tahun lalu.
Perkara tersebut didedahkan penyanyi berkenaan menerusi salah satu entri di Instagramnya, baru-baru ini.
Menerusi tulisan teks yang dihantar individu terbabit, dia bebuat demikian ketika bintang berkenaan hadir ke sebuah stadium di Pulau Pinang.
Menyesal atas perbuatan berkenaan, individu tersebut turut membuat permohonan maaf.
Sementara itu di ruangan kapsyen pula, penyanyi lagu Jesnita itu turut meminta maaf andai ada khilafnya di luar sedar.
“Wsalam…masya allah…saya pun tak ingat masa bila tu hahahaha…takpa…sy tak pernah nak berdendam.
”Mungkin masa tu memang muka saya memang muka mintak kena maki kot hahahaha. Mungkin ada jua kesilapan dari saya yang buat orang tak puas hati dengan saya.
”Saya pun mintak maaf ya andai ada kesilapan jugak dari pihak saya, kita saling bermaafan ya.
”Terima kasih masih sudi jadi peminat pada saya. Semoga ukhwah kita sentiasa berkekalan,” tulisnya positif.
Di ruangan komen, kebanyakan peminat memuji sikap toleransi Ezad serta individu terbabit yang berani tampil membuat pengakuan.
Foto: Instagram Ezad Lazim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.