“Aduh! Ngerinya Tengok,”- Gara-Gara Kemalangan, Kepala Elyana Berdarah & Dijahit

Share

 

Penyanyi dan pelakon Elyana mengalami kecederaan kecil akibat kemalangan ketika menjalani penggambaran telemovie Aneh pada malam semalam.

Kongsi penyanyi lagu Kalis Rindu ini, kemalangan tersebut menyebabkan dia terpaksa menerima beberapa jahitan di bahagian kepalanya.

“Kejadian malam semalam yang tak disangaka-sangka. Akhir nya KEPALA BATU ku bocor juga,” tulis Elyana di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal ini tenang mengahadapi ujian yang diberiNya.

“Hai. Hari ini ada kejadian tidak diingini berlaku ketika di set penggambaran Aneh. Saya mengalami kemalangan kecil yang tidak diduga. Tetapi tidak mengapa, semuanya ada hikmah Insya-Allah,” katanya.



“Disebabkan semua teringin sangat tengok saya berlakon, jadi saya berjuang untuk hiburkan kalian. Jangan lupa saksikan cerita Aneh yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya sambil merakam video berdurasi satu minit.

Lalu, netizen berasa gerun dan mengerikan melihat kepala Elyana dijahit.

Malah, ada juga yang bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya.

Video : Instagram Elyana

IKLAN