FILEM Adiwiraku, arahan Eric Ong diangkat sebagai Filem Terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) dengan mengetepikan empat lagi filem saingannya, Redha, Interchange, Hanyut dan Desolasi.

Filem terbitan Sol Pictures Sdn. Bhd ini turut meraih dua kategori utama menerusi Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi Sangeeta Krishnasamy dan Cerita Asal Terbaik dari Jason Chong.

Sementara itu, Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof pula mencipta kejayaan manis apabila berjaya merangkul Anugerah Box Office menerusi kutipan filem sebanyak RM17.3 juta mengatasi saingan terdekatnya, filem J Revolusi.

Adiwira Menang Filem Terbaik FFM29

Dain Iskandar Said pula menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem Interchange.

Menariknya dalam edisi FFM kali ini, beberapa filem ‘kecil’ dilihat bersaing setara dengan karya-karya besar produksi ternama apabila karya mereka turut mendapat perhatian dan seterusnya diiktiraf menerusi beberapa kategori utama.

Mengangkat tema Transformasi Citra Karya, FFM29 menyaksikan 53 filem bertanding merebut 24 anugerah pada malam kemuncak yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Astro Ria HD.

Majlis gilang-gemilang ini menampilkan Zizan Razak sebagai pengacara utama selain, Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja.

Adiwira Menang Filem Terbaik FFM29 Adiwira Menang Filem Terbaik FFM29 Adiwira Menang Filem Terbaik FFM29 Adiwira Menang Filem Terbaik FFM29

SENARAI PEMENANG

Filem Box Office
Abang Long Fadil 2: 17.3 juta kutipan (Skop Production , Astro Shaw)

IKLAN

Kostum/Busana Terbaik
Akma Suriati Awang (Hanyut)

Penataan Bunyi Terbaik
Daniel (Hanyut)

Sinematografi Terbaik
Jordan Chiam (Interchange)

Penyunting Terbaik
Nazim Shah (J Revolusi)

Penataan Seni Terbaik
Zahirah Nakibullah (Interchange)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Harith Haziq (Redha)

IKLAN

Pelakon Wanita Harapan
June Lojong (Redha)

Pelakon Lelaki Harapan
John Tan (You Mean The World To Me)

Pengarah Harapan
Tunku Mona Riza (Redha)

Skor Muzik Terbaik
David Koon (You Mean The World To Me)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Diana Danielle (Hanyut)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam (Interchange)

IKLAN

Cerita Asal Terbaik
Jason Chong (Adiwiraku)

Anugerah Khas Juri
Desolasi: Kategori Kesan Khas Visual (Skop Production)
Shuttle Life: Kesedaran Sosial dan Nilai Kemanusiaan (Mm2 Entertainment & More Entertainment)
Pekak: Isu Sosial Remaja (Primework Studio Sdn Bhd)

Lakon Layar Terbaik
Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)

Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Johan Arifin Ibrahim

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Datuk Yusof Haslam

Pelakon Wanita Terbaik
Sangeeta Krishnasamy – Adiwiraku

Pelakon Lelaki Terbaik
Namron (Redha)

Pengarah Terbaik
Dain Iskandar Said (Interchange)

Filem Terbaik
Adiwiraku (Sol Pictures Sdn Bhd, Iceberg Design Sdn Bhd & Filmmecca Studio Sdn Bhd

FOTO: ROSLI TALIB

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI