Pelakon yang juga merupakan finalis Dewi Remaja 2014/15, Mawar Rashid ada memuat naik sebuah entri khas di Instagram.

Perkongsian tersebut didedikasi khusus sebagai penghargaan kepada ibu tercinta yang menjaganya dengan baik dalam tempoh berpantang.

Menurut Mawar, selain menjaganya dengan baik, ibunya itu turut mengajar cara betul dalam hal berkaitan menjaga anak.

“Adik Nak Buat Mommy Happy Sehabis Daya,”- Ucap Terima Kasih, Mawar Rashid Hadiahi Gelang Emas Buat Ibu Sebab Jaga Saat Pantang

“Thank you mummy, tolong jaga Adik dalam pantang, jaga baby @radenrafaelraf , tunjuk ajar Adik cara menjaga anak.

IKLAN

“Thank you mummy be there for us, jaga we all dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir, tak pernah mengeluh, jaga dengan penuh kasih sayang & kelembutan.

“Mummy jaga baby & Adik sepenuh hati mummy. Jasa pengorbanan seorang ibu terlalu tinggi tak dapat adik membalas dengan harta benda.

“Tapi Adik nak buat mummy happy sehabis daya yang Adik mampu. You’re the best mother the best mummy. The best grandmother & mother in law too. Love you my Queen @marinee_rashid ,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Mawar juga dilihat telah menghadiahkan ibunya itu sebentuk gelang emas.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat entri Mawar itu.

IKLAN

“Adik Nak Buat Mommy Happy Sehabis Daya,”- Ucap Terima Kasih, Mawar Rashid Hadiahi Gelang Emas Buat Ibu Sebab Jaga Saat Pantang

“Adik Nak Buat Mommy Happy Sehabis Daya,”- Ucap Terima Kasih, Mawar Rashid Hadiahi Gelang Emas Buat Ibu Sebab Jaga Saat Pantang

Terdahulu, Mawar telah selamat melahirkan anak sulungnya bersama Raf Yaakob pada 13 Mac lalu yang turut diberi nama Raden Muhammad Rafael.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI