Berita

Adik Melly Goeslaw Meninggal Dunia. Biar Beza Agama, Kasih Sayang Tetap Utuh

Share

Khabar sedih menyelubunyi keluarga penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw apabila adik kandungnya, Shanty Yuliet Goeslaw atau lebih dekenali sebagai Uli Goeslaw meninggal dunia.

Berita kematian tersebut dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Ada Apa Dengan Cinta itu menerusi satu hantaran di laman Instagram

.

“Selamat jalan adikku Shanty Yuliet Goeslaw (Uli Goeslaw), berbahagialah di sana,” tulisnya.

Dalam video yang dimuat naik itu dapat dilihat Melly dan suaminya, Anto Hoed memberi penghormatan terakhir kepada adiknya di rumah duka tempat jenazah adiknya akan dikuburkan.

Dalam suasana penuh sedih, Melly menghampiri peti yang menempatkan jenazah dan mengusap tangan mendiang adiknya itu.

BACA JUGA: Tampil Langsing Selepas Potong Usus, Melly Goeslaw Gembira Bacaan Gula Dalam Darah Kembali Normal

Dia turut menitipkan kata pesan dan memanjatkan doa untuk adiknya sekaligus menyatakan hasrat agar mereka bertemu lagi.

“Nona manis nona ambon tak perlu lagi susah-susah memikirkan masalah di dunia ini sayang. InsyaAllah nanti kita bertemu lagi,” luahnya.

Biarpun berbeza agama, hubungan keluarga Melly tetap utuh. Imbas kembali, Melly dibesarkan sebagai penganut Kristian sebelum memilih untuk memeluk agama Islam lebih sedekad lalu.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN