Adik Che Ta, Ruby Che Wan Tak Jemu Berdakwah Di IG. Ada Kongsi Ilmu Jadi Isteri Solehah Untuk Ke Syurga…

Share

Minggu lalu, viral kes lelaki yang didakwa seorang pelawak popular telah mengasari seorang pengawal keselamatan warga emas di sebuah kawasan perumahan.

Meski tidak ada penjelasan dari pelawak yang berkaitan pada ketika itu, namun video yang tersebar di media sosial menunjukkan kejadian sebenar yang berlaku.

Memetik laporan mStar, selepas ditahan pada Ahad, suspek dibebaskan atas jaminan polis pada hari berikutnya. Bagaimanapun, identiti suspek masih belum didedahkan pada umum.

Apapun apabila berlaku suatu kejadian seumpamanya, pasti ia turut terpalit pada mereka yang ada hubungan rapat dengan individu yang didakwa terlibat, misalnya isteri pelawak berkenaan.

Namun bagi isteri kesayangannya itu, ia seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan aktiviti dakwah tetap diteruskan seperti biasa menerusi akaun Instagram miliknya.

Ruby Che Wan yang juga adik kepada bintang terkenal, Rozita Che Wan sudah pun berhijrah dengan memilih imej lebih santun selain sering menyebarkan dakwah kepada para pegikutnya, sekali gus cuba berkongsi sesuatu yang positif.

Menerusi salah satu posting misalnya, dia ada berkongsi mengenai ‘permata’ yang ada dibalik balutan hijab seorang wanita.

Malah dua hari lalu, Ruby turut memuat naik entri panjang lebar berkenaan dengan taat pada suami bagi wanita solehah.

Foto: Instagram Ruby dan Rozita Che Wan

 

IKLAN