Adi Putra Beri Sumbangan Kepada Ibu Fauziah Nawi, Rakan Selebriti Puji Sikap Pelakon Versatil Itu

Share

Pelakon senior, Fauziah Nawi ada berkongsi berita gembira apabila menerima sumbangan daripada pelakon, Datuk Adi Putra.

Lalu, bintang veteran yang sinonim disapa Ibu Fauziah Nawi itu ada menzahirkan rasa syukur di akaun Instagram miliknya.

“Terima kasih Dato Haji Adi Putra @adpadiputra Sumbangan peribadi beliau yg disampaikan sendiri. Alhamdulillah.,” tulisnya.

Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Curi-Curi Cinta itu telah menjadi perhatian rakan selebriti selain para peminat.

Bukan itu sahaja, rata-rata rakan selebriti turut memuji sikap baik dan prihatin Adi Putra yang dilihat peka mengenai soal kebajikan pelakon senior.

Foto: Instagram Fauziah Nawi

IKLAN