Uncategorized

Adeline Tsen Akhirnya Dedah Rahsia Untuk Dapatkan Body Goals, Patutlah Cantik & Seksi!

Share

Sering berkongsi gambar dan video di Instagram, pelakon Adeline Tsen mendapat perhatian ramai dek memiliki tubuh badan yang cantik dan langsing.

Sekali gus, ia menjadikan netizen khususnya wanita di luar sana yang mula ‘mencemburui’ fizikalnya itu.

Lalu, pelakon drama Aku Tak Cinta itu ada berkongsi sepotong video di Instagramnya.

Video tersebut memaparkan Adeline sedang melakukan aktiviti senaman di gym.

Serentak dengan itu, ada netizen memuji kesungguhan anak kelahiran Kota Belud, Sabah itu kerana berjaya ‘mencuri’ masa melakukan senaman meskipun padat dengan jadual sebagai anak seni.

Menerusi Instgram Stories-nya pula, Adeline telah melakukan senaman jenis kardio selama satu jam, makan makan berkhasiat (sayuran) dan mengamalkan minum air teh panas.

Kini tiada lagi rahsia kecantikan body slim Adeline. Apa-apa pun, terima kasih Adeline sebab sudi berkongsi rahsia kecantikan bersama!

Video : IG Adeline Tsen

IKLAN