Adele, Is That You? Foto Krismas Bintang Pop Ini Yang Kian Susut Pancing Perhatian!

Share

Fizikal terkini penyanyi terkenal dunia, Adele yang dilihat kian susut seperti yang dilihat menerusi perkongsian terkininya di Instagram menarik perhatian ramai.

Rata-ratanya kagum dan tak kurang yang terkejut dengan transformasi figura bintang berkenaan yang kian ramping menjelang Krismas.

Adele,31, dirakam bersama The Grinch dan Santa Claus dalam tema perayaan mengenakan persalinan gaun rona hitam lengkap aksesori.

Sehingga kini, foto berkenaan sudah pun mendapat hampir 2 juta tanda suka.

Terdahulu, Adele pernah mengejutkan peminatnya apabila dilihat tampil lebih kurus selepas bercerai dengan suaminya, Simon Konecko, April lalu.

Dia membuat penampilan pada majlis ulang tahun penyanyi Drake yang ke-33 yang juga rakan baiknya, Oktober lalu. Adele berpisah dengan suaminya selepas hampir empat tahun berkahwin.

Foto: Instagram Adele

IKLAN