Selepas kejayaan single terdahulu, Bella Astillah kini kembali dengan lagu terbaharu berjudul Lebih Indah Berpisah, hasil kolaborasi istimewa bersama komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda.

Menurut Bella, lagu ini membawa mesej yang cukup mendalam tentang keberanian untuk melepaskan cinta yang tidak lagi dihargai, demi membuka lembaran hidup yang lebih tenang dan bermakna.

“Bermula daripada cadangan tajuk yang asalnya sedikit berbeza, akhirnya saya dan Ade Govinda sepakat memilih perkataan ‘indah’ sebagai teras utama judul ini, mencerminkan sisi positif daripada sebuah perpisahan.

“Lagu ini ditulis dengan penuh jiwa dan semangat oleh Ade, menggambarkan keberanian untuk berpisah dengan penuh keikhlasan,” katanya.

Bella menambah, bekerja dengan Ade dan pasukannya merupakan satu pengalaman berharga yang tidak akan dilupakan.

“Mereka sangat menghormati masa, bakat, dan orang lain tanpa memandang siapa kita. Mereka layan semua orang dengan penuh hormat dan profesionalisme.

“Sewaktu proses rakaman, suasana di studio sangat positif dan penuh sokongan. Ini menjadikan pengalaman rakaman bebas tekanan.

“Malah, dengan semangat dan sokongan mereka, saya rasa lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik,” jelasnya lagi.

Ads

Ade Govinda Puji Bella Astillah – “Tak Ramai Wanita Yang Mampu Menunjukkan Ketabahan, Komitmen Sepertinya.” Ade Govinda Puji Bella Astillah – “Tak Ramai Wanita Yang Mampu Menunjukkan Ketabahan, Komitmen Sepertinya.” Ade Govinda Puji Bella Astillah – “Tak Ramai Wanita Yang Mampu Menunjukkan Ketabahan, Komitmen Sepertinya.” Ade Govinda Puji Bella Astillah – “Tak Ramai Wanita Yang Mampu Menunjukkan Ketabahan, Komitmen Sepertinya.” Ade Govinda Puji Bella Astillah – “Tak Ramai Wanita Yang Mampu Menunjukkan Ketabahan, Komitmen Sepertinya.”

Lagu Tentang Melepaskan Demi Bahagia

Dalam pada itu, Bella turut berharap agar karya ini dapat menjadi kekuatan buat mereka yang sedang berdepan kekecewaan dalam hubungan percintaan.

“Saya mahu lagu ini diterima dengan baik, dan menjadi teman kepada sesiapa yang sedang melalui fasa sukar dalam hidup mereka.

“Saya juga berharap lagu ini bukan sahaja diterima baik di Malaysia, malah juga di Indonesia. Namun, yang paling utama juga adalah agar lagu ini dekat di hati pendengar.

“Projek ini juga menjadi platform untuk saya mencabar diri sendiri, memperbaiki mutu nyanyian dan berkembang sebagai seorang artis.

Ads

“Saya buat lagu ini bukan untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi untuk diri saya sendiri dan untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Sementaea itu, Ade Govinda menyifatkan lagu ini sebagai simbol kekuatan hati dan keberanian seseorang dalam memilih kebahagiaan yang sebenar.

“Ia mengisahkan tentang seseorang yang berani mengambil keputusan untuk berpisah apabila cintanya tidak lagi dihargai.

“Lagu ini membawa mesej bahawa berpisah bukanlah sebuah kegagalan, tetapi satu langkah berani menuju kehidupan yang lebih indah, berbanding terus berjuang seorang diri dalam hubungan yang tidak seimbang.

Ads

“Jika cinta anda tidak dihargai, semoga lagu ini memberi keberanian untuk mengambil keputusan yang tepat. Kehidupan selepas berpisah boleh menjadi jauh lebih indah daripada apa yang kita bayangkan.

“Bella memperlihatkan kesabaran, keikhlasan, dan ketulusan yang luar biasa, namun setiap orang pasti ada batasnya. Lagu ini adalah penghormatan kepada kekuatan hati itu,” katanya.

Pada masa sama, Ade turut rasa kagum terhadap sikap profesional Bella, bukan sahaja dalam nyanyian tetapi juga dalam penggambaran muzik video.

“Bella sangat profesional, bukan sahaja dalam nyanyian malah dalam lakonan video muzik juga menunjukkan kesungguhan luar biasa.

“Tidak banyak wanita yang mampu menunjukkan ketabahan dan komitmen sepertinya. Bella memang hebat,” puji Ade.

Lagu Lebih Indah Berpisah yang dilancarkan bulan lalu sehingga kini telah meraih lebih 700,000 strim di YouTube.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads