Dalam sesebuah hubungan pasti ada yang datang dan pergi dan ada rintangannya tersendiri. Begitulah yang terjadi pada kedua pasangan yang pernah bersama selama ini.

Setelah mendiamkan diri akhirnya pelakon Adam Shahz telah membuka cerita sebenar mengapa dia bercerai bersama Fatin Afeefa yang pernah berlakon dalam filem Tentang Bulan.

Adam Shahz Dedah Punca Bercerai?

IKLAN

Melalui sebuah portal hiburan mStar, Adam telah bersuara dan berkata punca sebenar fatin failkan kes penceraian kerana termakan hasutan orang yang tidak senang melihat mereka bahagia.

“Apa yang boleh saya katakan pergaulan bekas isteri dengan rakan-rakan antara penyebab kami bercerai apabila ada di antara teman-temannya tidak senang melihat kami bahagia, mula menghasut dan nampaknya cubaan itu berjaya.

 

“Kadang-kadang kita tidak boleh baca apa dalam fikiran orang di sekeliling kita dan apa agenda mereka apabila mendekati kita.

 

“Tetapi tidak perlulah saya butirkan satu persatu kerana saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini sebaliknya menganggap perceraian ini sebagai sudah tertulis untuk kami berdua,” katanya.

Adam juga turut mengaku mengambil masa selama tiga bulan untuk merawat luka dan kekecewaan akibat perceraian yang terjadi.

IKLAN

Namun baru-baru ini adam ada muat naik satu kepsyen yang meminta netizen untuk hentikan segala spekulasi dan menganggap biarlah hanya dia dan bekas isterinya sahaja tahu apa yang terjadi sebenarnya.

IKLAN

Adam dan Fatin telah berpisah pada 31 Mei lalu dengan lafaz talak satu. Sepanjang empat tahun perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang anak bernama Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Sumber : mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI