Kadang-kadang bila berjumpa dengan orang ni, terutamanya mereka yang berumur soalan wajib ditanya mestilah ‘bila nak kahwin’.

MH perasan juga, soalan itu pun selalunya ditanya kepada ‘kawan-kawan’ bila dah kehabisan modal nak berborak.

Namun begitu, lumrahlah kalau jadi seorang selebriti kan? peminat-peminat mestilah nak tahu bila agaknya artis kesayangan mereka nak menamatkan zaman bujang.

IKLAN

‘Adalah Yang Nak Dekat’-Ditanya Soal Jodoh, Ini Respon Risteena

Pelakon, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 29 tahun tidak ketinggalan untuk disoal mengenai jodoh ini namun mungkin soalan tersebut sudah dijangka, dia kelihatan tenang berbicara mengenainya.

IKLAN

“Kahwin? tak tahu lagi. Sekarang saya ‘busy’ cari duit tapi kalau saya nak kahwin memang akan bagitahu orang ramai.

“Yalah, siapa tak seronok nak kahwin kan? Tapi yang penting sekarang saya bahagia bersama famili dan kawan-kawan,” jelasnya ketika ditemui di Malam Pra-tonton Filem Hantu Wangan di E@Curve baru-baru ini. 

Sambil itu, MH cubalah ‘korek’ kalau Risteena dah ada seseorang atau sedang berkawan dengan sesesiapa.

“Saya kawan dengan semua orang, umur pun dah 29 tahun dah, mestilah kena mencari kan? Buat masa ini Ris memang berkawan sahaja, nak tengok kalau ada yang sesuai.

“Tapi pada Ris, kalau boleh nak lah juga rasa bercinta tu, kenal hati, budi masing-masing. Tak nak lah terus ada yang masuk meminang lepas tu kahwin,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Risteena juga tidak meletakkan target bila untuk berkahwin. Katanya, kalau dah sampai jodoh, dia akan kahwin.

IKLAN

‘Adalah Yang Nak Dekat’-Ditanya Soal Jodoh, Ini Respon Risteena

“Ris takut nak letak target kahwin ni, sebab nanti kalau tak capai malu, jadi kita tengok lah dulu macam mana,” tambahnya lagi.

MH pun doakan semoga Risteena bertemu dengan jodohnya dan terus sukses dalam industri lakonan tanah air.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI