Penyanyi angkatan baru, Syafiq Farhain tidak menafikan dirinya pernah menerima pelbagai mesej berbaur seksual, baik dari lelaki dan wanita menerusi media sosial.

Baginya, ia adalah suatu perkara normal lebih-lebih lagi pada zaman siber kini. Katanya kepada MH, bukan hanya golongan selebriti, malah individu lain juga pasti pernah berdepan dengan situasi sama.

“Adalah netizen mesej. Pelbagai jantina, bercampur-campur. Bagaimanapun yang paling ramai sudah tentulah yang berlawan jantina. Cuma yang mengarut tu saya tidaklah layan dan baca. Sekadar ‘seen’ saja. Sebab selalunya saya hanya berkomunikasi kalau hal berkaitan kerja.

 

“Jika yang melampau tu, memang saya akan blok terus. Terpulang kepada kita untuk kawalnya,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran dan pengenalan program realiti muzik terbaru, Big Stage yang akan bersiaran di Astro Ria 5 Ogos depan.

Berkongsi mengenai penyertaannya menerusi Big Stage dengan lebih lanjut, penyanyi yang kini popular menerusi lagu Kamar Hati menjelaskan, dia mengambil peluang terbaik dalam program tersebut untuk tambah peminat, kembangkan kerjaya.

“Pelbagai Jantina, Bercampur-Campur,” – Syafiq Farhain Dedah Terima Mesej ‘Mengarut’

IKLAN

“Saya boleh dikatakan sebagai artis yang baru saja bertapak dalam seni. Jadi bila pihak mereka panggil untuk hadiri ujibakat saya hadir dan cuba buat sebaik mungkin. Alhamdulillah saya diterima. Pastinya ini jadi ruang saya untuk kembang dan buktikan bakat juga buat peminat,” kongsi Syafiq yang turut melihat persaingan di kalangan artis lain sebagai suatu yang sihat.

 

“Saya tidak kisah bersaing. Sebab kami pun saling kenal. Lagi pula ini pertandingan dan kami pun saling menyokong,” katanya yang turut bercuti panjang sebagai anggota bomba demi komitmennya terhadap Big Stage.

Big Stage, yang turut menampilkan dua ikon muzik iaitu Faizal Tahir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri tetap merupakan sebuah pertandingan nyanyian  menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU).

Seramai 10 bintang BBNU yang terdiri dari lima bintang lelaki dan lima bintang wanita bakal bersaing. Jom ketahui siapakah yang terpilih menerusi FB Live MH.

IKLAN

IKLAN

Nah, ini dia peserta BIG STAGE!

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 24 July 2018

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI