“Adalah Getah ‘Tights’ Yang Saya Pakai Di Dalam Seluar Jeans…,”- Disalah Tafsir Netizen Macam Seluar Dalam, Ini Penjelasan Sherry Ibrahim

Share

Pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim bertindak memohon maaf seandainya foto yang dimuat naiknya menerusi akaun Instagram sehari lalu megundang rasa tidak selesa pengikutnya.

Jelas Sherry seperti yang dipetik Gempak, bahagian yang kelihatan seperti seluar dalam seperti yang disangkakan sesetengah netizen sebenarnya merupakan getah ‘tights’ yang dipakai pada bahagian dalam seluar yang dipakai.

“Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah ‘tights’ yang saya pakai di dalam seluar jeans saya.

“Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar.

“Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya,” terang Sherry.

Meski mendapat reaksi pelbagai, bintang tersebut bagaimanapun tidak mahu memadam foto berkenaan kerana sayang.

“Saya tidak mahu memadam gambar itu, ia bukanlah keterlaluan, terasa sayang untuk memadamnya,” katanya ringkas ketika ditemui media pada tayangan Game of Thrones musim ke-8 (episod pertama) di TGV One Utama.

Terdahulu, foto sensasi itu telah pun mendapat lebih 8,000 tanda suka bersama ratusan komen yang ditinggalkan.

Foto: Instagram Sherry Ibrahim

IKLAN