“Adakah Itu Menjadikan Anda Lebih Baik Darinya?,” – Beto Kusyairy

Share

Pelakon, Beto Kusyairy ada memberi nasihat kepada netizen menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsi pelakon berusia 40 tahun ini menyarankan agar netizen untuk menjaga kata-kata dan perbualan di laman media sosial.

“Berhati-hati dengan apa yang anda taip & komen. Anda mungkin menyakiti seseorang & menyebarkan kebencian pada masa yang sama. Adakah itu menjadikan anda lebih baik darinya?

“Empati. Sungguh tidak menyakitkan untuk bersantun berbahasa. Apatah lagi itu asalnya budaya kita (yang semakin halus menipis).

“Tinggal di rumah, moga selamat & kekal sihat semuanya.#puasamediasosial,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat memberi pujian terhadap perkongsian bintang filem Istanbul Aku Datang itu.


Foto: Instagram Beto Kusyairi

IKLAN