Pelakon Ayu Raudhah tidak menafikan ketika ini, dia selesa meletakkan keutamaan kepada keluarga, sementelah anak-anak kini sedang melalui proses membesar.
Meski akui masih rindu untuk kembali beraksi di kaca televisyen, namun ibu kepada lima cahaya mata ini menyifatkan suami dan anak-anak adalah sebagai pelengkap hidup yang membahagiakan hidupnya.
“Jujurnya tak rancang nak ada anak berapa. Cuma sebelum ini hasrat mahu tujuh cahaya mata. Cuma sebelum ini tak ada rezeki, saya alami keguguran dua kali.
“Kalau ikutkan suami, nombor kegemarannya ialah lapan,” katanya di samping suami tercinta, ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha.
Ditanya pendirian serta persepsi sesetengah pihak terhadap ibu bapa yang mempunyai ramai anak, pelakon drama bersiri Cinta Bukan Kristal ini terbuka mengenai rezeki zuriat.
“Ia bergantung pada pandangan masing-masing, kita cuba letak diri kita di mana. Macam saya, saya gembira dengan kehidupan dikelilingi anak yang ramai.
Ads
“Malah baik saya dan suami, kami pun dibesarkan di dalam keluarga yang besar. Bagi saya okay dan kami pun sudah biasa dengan situasi itu,” katanya.
Sementara itu bagi Zaquan, dia senang melihat kemeriahan serta hubungan akrab yang terjalin di antara keluarga yang besar.
“Saya ada adik beradik tujuh orang, ada abang dan kakak. Kalau boleh bagi saya, biarlah anak-anak kami rapat di antara sama tu sama lain, macam keluarga saya yang rapat dengan famili isteri.
Ads
“Bila anak-anak sudah besar, balik kampung saya nak meriah. Jadi memang prefer ada anak ramai,” katanya.
“Saya tak nafikan ada yang tanya bolehkah anak (jaga) ramai? Bagi saya sesetengah orang mungkin hanya isteri yang jaga anak sepenuhnya sementara suami keluar cari rezeki.
“Syukur setakat ini bila sudah beranak lima ni, kami sama-sama cuba jaga. Jadi sebab itulah, saya tidak rasa seolah-olah kena jaga mereka seorang diri.
“Walau macam mana pun, kita kena sama-sama hadap, sama-sama membesarkan,” kata Ayu yang kini dilantik sebagai wajah wakilan dan rakan niaga butik ByLR, baru-baru ini.
Ads
Terdahulu, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan mereka dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser,9, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Ayu Raudhah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepanjang 37 tahun kehidupannya, penyanyi Asfan Shah berkata Ramadan tahun ini lebih memberikan kemanisan buatnya apabila dia berusaha untuk menunaikan kedua-dua ibadah wajib dan sunat yang dituntut dalam Islam.
Menurut Asfan atau nama sebenarnya, Norasfan Shah Rudin, tahun-tahun sebelumnya dia tidak selalu berkesempatan untuk melakukan ibadah solat sunat tarawih namun dia bersyukur apabila tahun ini dia dapat meluangkan masa untuk melakukan ibadah tersebut tahun ini.
“Rasa macam baru masuk Islam… sebab bulan puasa sebelum-sebelum ini saya sering sibuk dengan urusan perniagaan sahaja.
“Jadi memang tidak ada masa untuk tunaikan solat sunat tarawih, ke laut. Tambah pula solat fardu nak tunaikan di awal waktu pun susah.
“Tapi Ramadan kali ini Alhamdulillah, saya banyak luangkan masa menghadiri undangan ke majlis-majlis yang diadakan yang mana kebanyakan dibuat sebelum atau selepas solat tarawih,” katanya kepada Media Hiburan.
Asfan ditemui pada majlis iftar anjuran Rusa Music dan MVM Music yang berlangsung di Puchong, Selangor baru-baru ini.
Walaupun sudah perlahan-lahan mendekatkan diri kepada aktiviti kerohanian, namun penyanyi yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia ini berkata dia masih lagi menjadi dirinya sendiri serta tiada sebarang perubahan besar yang berlaku terhadap dirinya.
“Penampilan hip hop saya masih sama lagi… cuma tengah belajar untuk perbaiki diri sendiri.
“Malah saya masih lagi bergaul dan bergelak ketawa seperti biasa. Tidak adalah nak kata saya ini macam tak nak berkawan langsung, saya okay sahaja.
“Saya juga baru beberapa bulan belajar mengenali diri dan agama,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Asfan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Janna Nick berang apabila salah seekor kucing peliharaaanya didapati mengalami kecederaan pada bahagian badan selepas mendakwa dihalau jiran dari kawasan kejiranannya.
Janna,27, turut meminta pandangan ramai untuk membuat laporan dan kejadian tersebut terdahulu telah dimaklumkan oleh adiknya.
“Kita boleh report tak kalau jiran kita pergi… tak tahulah kalau cucuh rokok ke kat kucing aku sampai bulu tercabut macam tu. Siap ugut kata nak sembelih kucing kita. Korang rasa boleh report tak macam ni? Aku geram sangatlah,” luahnya.
Perkongsian tersebut dibuat bekas hos Melodi ini menerusi Insta Stories, pada Rabu.
Menerusi status seterusnya, Janna turut memuat naik kesan cedera yang dialami kucing berkenaan.
“Tak fahamlah aku macam mana boleh ada jiran macam ni. I kan jarang dekat rumah. So i rasa kucing ni selalu pergi rumah dia. Tu yang dia nak warning.
“Dulu dia pernah simbah air dekat kucing i, sampai basah. Tapi kalau basah air tu kita fahamlah. Kalau sampai tercabut bulu kucing aku tu. Dah kenapa?
“Tu tak tahu cabut ke… sebab dia merah-merah. Takut bakar ke apa ke. Kenapa jadi macam tu? Tak baiklah buat macam ni, aku marah betullah.
“Dia jerit dekat sebelah. Shushh… shushh… i sembelih kucing you. Adik akulah cerita, so aku tak tahulah kejadian dia macam mana,” katanya lagi.
Janna bagaimanapun faham sekiranya ada individu yang tidak selesa andai bintang peliharaan jiran memasuki kediaman jiran lain. Namun dia cuba yang terbaik dengan menyediakan jaring.
Dia pada masa sama turut menjelaskan, kucing berkenaan yang belum cecah setahun usianya itu sedikit agresif berbanding dua kucing belaannya yang lain.
“I faham orang akan marah kalau I as a neighbour, kenapa jiran punya kucing masuk dalam rumah. Saya faham je dan we tried our best untuk tak nak kucing kita pergi sana. Kita letak net (jaring) dekat pagar,” katanya.
Pelakon Cari Aku Di Syurga ini juga turut meminta bukti sekiranya kucing berkenaan di dapati membuang najis di kediaman jiran.
Atas situasi yang berlaku, Janna turut sambil menangis memaklumkan keadaan kucingnya yang kini seolah-olah ‘trauma’ dengan manusia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi pendapat serta pengalamannya yang kini menjalani kehidupan berpoligami dalam rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar.
Zarina berkata, poligami bukan hanya sekadar berkongsi kasih sayang seorang suami semata-mata.
“Bagi saya, apabila kita bercakap tentang berkongsi kasih ini sebenarnya bukan hanya sekadar berkongsi. Tetapi ia lebih kepada untuk kita menjaga antara satu sama lain,” katanya.
Ketika fasa awal perkahwinan, Zarina mengakui dia kurang memahami sikap serta pendirian suaminya yang terlalu menyayangi isteri pertamanya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.
“Bila kita nak merebut kasih sayang dari seseorang, apa yang saya lihat pada diri suami saya dia sangat mengasihi isterinya. Ketika di permulaan perkahwinan saya dulu ada sedikit gagal sebab saya tidak berjaya untuk memahami suami saya sebelum ini.
“Apabila saya masuk dalam hidup dia, pada ketika itu dia sudah memiliki segala-galanya dan susah senang dia bersama dengan isteri pertama.
“Jadi mesti isteri pertama akan rasa macam apa yang kita nak sebenarnya daripada dia (suami). Bila kita kurang memahami, lama-kelamaan saya pun mula belajar untuk memahami bahawa suami saya amat menyayangi isterinya.
“Oleh itu, saya kena curi hati isteri dia, belajar menyayangi isteri dia lama-lama suami akan bukakan pintu hati dia untuk kita,” katanya lagi.
Meski kini hidup bahagia dan harmoni bersama, Zarina tidak menafikan untuk berkongsi kasih dengan suami orang bukan satu perkara yang mudah dan harus berdepan pelbagai cabaran.
“Dalam poligami ni, pada permulaannya memang kita tidak akan dapat benda yang betul-betul indah. Kita kena lalui, tempuh dengan pelbagai cabaran, perbalahan dan sebagainya.
“Kita kena terima untuk lalui benda yang pahit dulu baru benda yang manis itu kita akan dapat,” luahnya lagi.
Pelakon berusia 51 tahun ini telah berkongsi hal tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...