“Mahal memang tiada isu sebab ada pembeli, setiap tahun Baju Melayu yang akan habis dulu.”
Demikian ulas pereka fesyen Rizman dan Ruzaini susulan harga Baju Melayu keluaran mereka yang mencecah RM1,499 sekaligus menerima sindiran dan reaksi pelbagai warganet.
Menurut Rizman, jenama yang dibangunkan mereka mempunyai beberapa segmen dan pembeli boleh membeli mengikut harga sasar dan kemampuan.
“Saya senang untuk melihat di mana segmentasi sesebuah jenama itu. Misalnya kami mempunyai Rizman Ruzaini yang harganya mahal seiring rekaan, RR Luxe yang harganya ‘sesedap rasa’ dan kita ada RR. Jadi daripada situ pembeli boleh memilih barisan segmen yang bersesuaian.
“Bagi saya, soal ini memang tiada isu sebab memang ada pembeli, setiap tahun Baju Melayu yang akan habis dulu.
“Akan tetapi untuk RR Luxe ini kita pun tak keluarkan banyak kerana ia bersifat eksklusif. Sudah tentulah bila ada yang beli baju harganya beribu, kalau boleh tak mahu sama dengan orang lain.
Ads
“Kuantiti kita akan terhadkan, dalam 500 ke 1,000 helai sahaja. Yang diperkatakan itu, ia sold out tak sampai dua minggu, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Rizman dan Ruzaini berkata demikian ketika ditemui pada acara Pelancaran Pop Up Store Rizman Ruzaini di Central i-City, Shah Alam pada Sabtu.
‘Pop up store’ terbabit akan beroperasi selama sebulan hingga pertengahan sambutan Aidilfitri nanti dengan menawarkan pelbagai promosi istimewa terhadap setiap keluargan jenamanya.
Terdahulu, tular di laman Twitter apabila ada yang membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini terbabit kerana dakwa mereka, ia dijual dengan harga tidak masuk akal tetapi laris terjual.
Ads
Sementara itu, Wan Ruzaini menambah, peminat jenama Rizman Ruzaini sebenarnya terdiri pelbagai golongan dan ia dibeli bukan untuk tujuan perayaan semata-mata.
“Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak lapisan, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza.
“Mungkin ada pembeli yang membeli baju-baju dalam nilai harga yang lebih mahal untuk tujuan menghadiri majlis, buat hantaran kahwin dan sebagainya,” kata Ruzaini.
Terdahulu di dalam majlis sama, penyanyi Ernie Zakri turut meraikan majlis sambil mempersembahkan dua buah lagu termasuk melakukan sesi ‘meet and greet’ bersama pembeli.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak lagi diuruskan oleh pengurus yang sebelum ini sentiasa bersamanya sebelum ini, penyanyi Aina Abdul menafikan tuduhan yang mendakwa dia telah ‘memecat’ individu tersebut berikutan perselisihan faham.
Menurut Aina atau nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, bekas pengurusnya mengambil keputusan meletakkan jawatan sejak sebulan lalu adalah di atas kemahuan dirinya sendiri.
Malah, penyanyi lagu Sumpah itu dia percaya setakat ini sahaja rezeki untuk mereka bekerjasama setelah empat tahun berada di bawah pengurusan individu berkenaan.
“Memanglah sedih atas apa yang berlaku.. namun saya percaya rezeki untuk kami bekerjasama setakat ini sahaja.
“Jujur saya katakan, saya tak pernah singkirkan dia. Sesiapa yang keluar daripada kami itu adalah keputusan mereka sendiri.
Walaupun tidak lagi bekerjasama, Aina berkata dia tetap akan kekal profesional sekiranya bertembung dengan bekas pengurus di mana-mana acara hiburan selepas ini.
“Sebenarnya, saya bukan jenis orang yang suka bermasam muka, jadi tidak timbul isu harus minta maaf atau memaafkan.
“Saya tiada masalah untuk berjumpa dia di mana-mana majlis selepas ini,” kata Aina lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Akhirnya ketenangan yang dicari pelakon Puteri Sarah Liyana sudah pun ditemui apabila kemelut rumah tangganya bakal berakhir pada 18 April ini.
Menerusi prosiding kedua Jawatankuasa Pendamai (JKP), Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan mereka berlandaskan beberapa terma yang telah dipersetujui menerusi perbincangan bersama mereka pada malam Ahad.
“Sebelum ini banyak benda tak terjawab dan sekarang ini sudah terjawab.
“Saya hanya inginkan ketenangan dan itu yang saya dapat, Alhamdulillah.
“Berkat bulan Ramadan dan solat tahajud, segalanya dipermudahkan hari ini,” katanya kepada MH.
Pelakon Shahronizam Noor kehilangan jari kelingking tangan kanan dan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur, semalam selepas pisau yang digunakan ketika memotong ayam tersasar dan terkena pada bahagian jarinya.
Anak tirinya iaitu Daniel Khairi berkata, insiden itu berlaku selepas mereka sekeluarga baru selesai berbuka puasa di rumah mereka pada malam Isnin.
“Abah pergi ke dapur untuk memotong daging ayam sebelum diberikan kepada kucing peliharaan kami.
“Malang tidak berbau, dalam proses penyediaan makanan kucing itu, pisau abah tersasar lalu terkena jari kelingkingnya.
“Melihat jarinya yang terkulai putus, kami membawa abah ke hospital untuk mendapatkan rawatan memandangkan kecederaannya parah,” kata Daniel.
Daniel ialah anak kepada penyanyi Safura Yaacob bersama bekas suami terdahulu, Hairi Kool.
Tambahnya lagi, petugas perubatan berjaya menghentikan pendarahan dan membalut luka tersebut, manakala jari yang putus dimasukkan ke dalam sebuah bekas untuk dibekukan.
“Waktu itu doktor pakar tiada. Petugas di situ beritahu, kena tunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari tersebut boleh disambungkan balik atau tidak.
“Bagaimanapun pada siang tadi (Selasa), doktor pakar menjelaskan jari itu tidak dapat diselamatkan kerana urat arteri telah putus,” ceritanya.
Mengulas mengenai keadaan ayah tirinya, Daniel menjelaskan Shahronizam, 51, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Korie tetap berpuas hati dengan usaha dan prestasinya sepanjang menyertai program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), meskipun namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir, malam tadi.