Berkongsi rakaman video sewaktu mengunjungi Muzium Hantu di Pulau Pinang, Alif Satar secara berseloroh menyatakan terdapat beberapa kriteria yang diperlukan untuk ‘menjadi’ hantu.
Menurut petugas Muzium Hantu, pontianak merupakan wanita yang mati ketika hamil anak pertama dan kandungannya ketika itu berusia bawah tiga bulan.
Tambahnya lagi, kisah Pontianak sengaja diadakan pada zaman dahulu bagi memberi pedoman kepada ibu mengandung agar menjaga pemakanan dan kesihatan.
“Ada spesifikasi untuk menjadi hantu. Kelayakan untuk menjadi Pontianak,” jelasnya menerusi video tersebut sambil ketawa.
Ads
“Guys.. sambil lunch tu,jemput semua tengok hantu..dan kenali spec hantu anda. Melayu ke, cina ke, india ke.. kita kan Hantu Malaysia. 2nd part first episode Penang.
“Okay, honestly.. muzium hantu kat Penang ni a must go. FULL VIDEO ON YOUTUBE CHANNEL!” jelasnya.
Memilih tarikh 22 Disember 2019 bagi menamatkan status duda, penyampai radio, Issey Fazlisham selamat menjadi suami kepada Noor Aimi Mohamed Jamil yang bekerja sebagai pengurus sumber manusia yang berasal di Kelantan.
Issey, 33, memilih Aimi yang berstatus ibu tunggal beranak tiga itu menjadikan hidupnya lebih bahagia dan rasa disayangi.
Bagaimanapun, ada individu yang melontarkan komen berbaur negatif apabila beranggapan bahawa Issey bernasib malang kerana perlu menanggung tiga orang anak tiri.
Memberikan respon positif, anak kelahiran Kelantan itu tidak ‘termakan’ dengan komen tersebut, sebaliknya bersyukur akan amanah yang diberikan oleh Allah untuk menjaga anak-anak berkenaan.
“Lagi happy ada lah sis.. Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalangan.
“Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ye? huhu. Ni komen dekat ig wife issey. Biarlah orang nak kata apa @aimi_jamel . Janji u tetap my Stephen Chow
Terdahulu, pasangan itu bernikah pada 22 Disember lalu di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan dengan bertemakan ‘English Garden’.
Dalam masjlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin senaskah al-Quran dan sebentuk cincin.
Penyanyi Zamani telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Nur Juliana pada 20 September tahun lalu.
Memilih tarikh 1 Januari 2020, pasangan pengantin baru inimengadakan sebuah majlis resepsi di Emerald Ballroom, Mercure, Selangor yang turut diraikan bersama keluarga dan tetamu jemputan.
Penyanyi berusia 48 dan isteri kelihatan cukup segak mengenakan persalinan songket berwarna biru.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.