“Ada Segelintir Cakap, Ini Drama Bodoh,” – Menang ASK & Terbang Ke LA, Jasmine Hamid Kongsi Kenangan Drama Datin Wannabe

Share

Pelakon senior, Jasmin Hamid ada memuat naik beberapa foto bagi mengenang kembali momen-momen saat melakonkan drama Datin Wannabe tidak lama dahulu.

Menurut Jasmine, dia amat merindukan rakan-rakan pelakon serta seluruh tenaga kerja drama tersebut yang ketika ini disifatkan sudah pun jauh berubah.

“ARE YOU SUREING? Rindu kat family saya ni. Siapa ingat drama Datin Wannabe? Anak-anak saya pun dah makin handsome dan cantik sekarang ni. En Suami yang sangat sporting.
@nelydiasenrose
@paksu_shamsul_ghaughau ,” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Jasmin menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram.

Katanya lagi, meskipun ada segelintir pihak yang melabelkan drama tersebut sebagai tidak berkualiti, Jamin mendedahkan dirinya tidak berasa hati kerana menyifatkan setiap orang mempunyai pendapat dan cita rasa yang berbeza.

Bagaimanapun, Jasmin tetap meluahkan rasa syukur kerana naskah tersebut pernah diangkat sebagai pemenang Anugerah Drama Berantai Terbaik di Anugerah Skrin 2009.

“Walaupun ada segelintir cakap, ini drama B***H tapi drama ni pernah menang Anugerah Drama Berantai Terbaik untuk #anugerahskrin @tv3malaysia .

“Terbang saya ke Los Angeles sebagai hadiah kemenangan. Rezeki kami dan selera masyarakat berbeza,” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi kenangan mereka sewaktu menonton drama tersebut selain turut menyifatkan drama ini turut menyerlahkan kualiti lakonan yang dimiliki oleh Jasmin.

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

IKLAN