Dalam kebahagiaan Zulin menjalinkan hubungan yang sweet bersama Ahya, model dan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, MH Online terbaca satu artikel di sebuah portal hiburan mStar Online bercerita tentang kesedihan Ariz, salah seorang ahli kumpulan Forteen yang pernah rapat dengan Zulin suatu masa dahulu.

Melalui laporan tersebut, Ariz dikatakan cuba menjauhkan diri daripada teman rapatnya ini kerana tidak mahu ada sebarang masalah yang timbul.

Menurutnya, sudah enam bulan hubungannya bersama Zulin agak renggang akibat sikap tidak bertanggungjawab seseorang yang cuba melaga-lagakan mereka berdua.

‘Ada Pihak Cuba Lagakan Kami’ – Ariz Forteen

Namun Ariz engan mengambil pusing dan menghormati hubungan yang sudah lama terjalin lalu membuat keputusan untuk berdiam diri seketika.

IKLAN

“Enam bulan juga persahabatan kami renggang dan situasi itu berlaku kerana pelbagai faktor termasuk ada pihak cuba melaga-lagakan kami.

“Siapa yang tidak marah apabila ada orang yang lakukan provokasi dan bercakap seperti kita tidak ada maruah diri!

“Tetapi saya malas hendak layan kena tidak suka ‘drama’ yang terjadi di sekeliling jadi lebih baik saya berdiam diri sahaja,” jelasnya kepada wartawan tersebut.

Sungguhpun begitu, Ariz menjelaskan dia tidak mempunyai masalah bersama Zulin ataupun berniat untuk bergaduh kerana sangat memahami sikap sensitif sahabatnya itu.

‘Ada Pihak Cuba Lagakan Kami’ – Ariz Forteen

IKLAN

“Zulin seorang yang sensitif di sebalik personalitinya yang lucu dan ramah manakala saya pula jenis hati keras.

 

“Tetapi di sebalik itu jujur saya katakan Zulin adalah seorang insan yang baik, siapa yang rapat dengannya akan tahu sikapnya,” jelasnya.

Bagaimanapun setelah mengambil beberapa masa mendiamkan diri akhirnya mereka kembali pulih seperti biasa dan lebih menghargai Zulin.

‘Ada Pihak Cuba Lagakan Kami’ – Ariz Forteen

IKLAN

“Walaupun sepanjang tempoh itu kami tidak bertegur sapa tetapi ia bukan bererti kami bergaduh cuma adat berkawan ada masanya kita rapat dan sebaliknya.

 

“Masa menyebabkan kami kembali berbaik. Apabila kita berjauhan rasa rindu itu akan hadir dan saya sering terfikir kenapa hendak bergaduh kerana orang lain?” ujar Ariz.

Ohhh sekarang MH Online faham kenapa sekarang dah kurang nampak mereka berdua bersama. Rupa-rupanya mereka tidak bertegur sapa untuk beberapa bulan kerana salah faham.

So bila dah berbaik ni harap-harap kita dapatlah tengok video duet mereka bersama semula seperti sebelum ini.

Malah MH Online doakan semoga hubungan persahabatan mereka berdua semakin kuat selepas ini.

SUMBER : mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI