Pelakon, Norman Hakim telah menghadiahkan satu jambangan duit kepada isterinya, Memey Suhaiza bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-9.
Bukan itu sahaja, Norman turut berkongsi momen ketika sambutan ulang perkahwinan tersebut yang diraikan bersama di Menara Kuala Lumpur, pada malam Khamis.
“Us celebrating our 9th AnniversaryMakan2 borak2 sampai tak tau pukul berapa,sedar2 tengok keliling orang dah takde & @atmosphere360official dah kemas2 nak tutup.
“Alhamdulillah ada orang tu happy sangat dapat flower a.k.a ‘money’ bouquet mcm tu.
Ads
“Senang kita orang lelaki takyah pening fikir nak beli hadiah apa, kita kasi mcm ni pandai2 nanti isteri nak beli hadiah apa yang betul2 dia nak,” tulis Norman.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
Ads
“Apapun terima kasih untuk semua ucapan & doa. Segala yang baik2 datang dariNya. Semoga segala kebaikan melalui doa2 itu kembali semula kepada yang mendoakan. Aamiin Ya Rabb,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Memey mendirikan rumah tangga bersama pelakon Norman Hakim pada 2011 dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 7, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha, 2 tahun.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
NAURA, saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan berbesar hati melancarkan program terbaharunya, ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ yang bakal bersiaran mulai Isnin, 7 September, jam 9 malam, di saluran 109.
Program eksklusif berdurasi 30 minit ini akan berlangsung selama 8 episod berturut-turut.
‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ mengisahkan perjalanan pelakon, pengacara, model dan usahawan jelita tanah air Mira Filzah dan tunangnya, Wan Emir Astar dalam mencari jawapan kepada pelbagai persoalan tentang alam rumah tangga, sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya.
Saksikan Mira dan Wan Emir dalam pertemuan mereka dengan beberapa individu disegani bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan terbaik demi kelangsungan dan kebahagiaan hubungan kedua bakal mempelai itu sebelum ke jinjang pelamin dan selepas akad yang bakal menyatukan dua hati menjadi satu.
Individu-individu ini termasuklah Datuk Prof Dr Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Dato’ Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Saluran Perniagaan Melayu Astro berkata saluran berkenaan teruja dapat berkejasama dengan bintang popular itu.
“Sebagai saluran yang memfokuskan kepada kandungan gaya hidup Muslim moden, kami amat teruja apabila dapat bekerjasama dengan figura serba boleh dan diminati ramai, Mira Filzah untuk menghasilkan sebuah kandungan yang cukup eksklusif ini.
“Audiens, terutamanya peminat Mira dapat mengenalinya dengan lebih dekat dan turut sama menyaksikan perjalanan beliau menuju ke gerbang perkahwinan.
“Penampilan Wan Emir Astar, turut melengkapkan lagi program ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ ini.
“Kami begitu berbesar hati dengan kedua-dua mempelai kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada NAURA untuk merekodkan momen-momen terindah mereka, menjadikannya sebuah penceritaan yang cukup eksklusif dan tidak pernah lagi dipaparkan di mana-mana platform media yang lain,” katanya.
Pada masa sama, rancangan berkenaan juga diharap dapat memberikan inspirasi buat wanita muslimah, khasnya yang mempunyai persoalan perihal perkahwinan.
“Kami yakin, program ini bukan sahaja boleh mencetuskan inspirasi buat wanita Muslim moden di negara ini, malah ia juga dapat memberikan perspektif baharu untuk mana-mana individu yang sebelum ini mungkin mempunyai pelbagai persoalan tentang perkahwinan yang masih tidak lagi terjawab.
“Kehadiran tokoh-tokoh yang disegani seperti Datuk Prof Dr Muhaya, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Ustaz Dato’ Badli Shah, Imam Muda Asyraf, Ustazah Asni Mansor, dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki semestinya dapat memberikan pandangan lebih luas dan terbuka tentang keindahan serta cabaran dalam sesebuah perkahwinan.
“Kami berharap, dengan penghasilan program ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ ini, audiens terutamanya mereka yang bakal mendirikan rumah tangga, dapat memanfaatkan segala nasihat yang diutarakan barisan tetamu jemputan kami, dan turut sama berkongsi kegembiraan Mira dalam meniti hari-hari bahagia mereka,” jelasnya.
Saksikan tayangan serentak episod pertama ‘In Love with Mira, Sebuah Cerita Cinta’ di NAURA (saluran 109), Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124) mulai Isnin, 7 September pada jam 9 malam.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma melalui aplikasi Astro GO, dan secara on demand bagi pelanggan Astro.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini, usahawan dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew telah pun melancarkan peti Elewsmart Food Bank di salah sebuah pasar raya miliknya.
Elewsmart Food Bank ini merupakan salah satu platform bagi membantu golongan yang memerlukan dan pada masa sama turut membuka ruang kepada orang ramai untuk sama-sama menderma.
Menurut Ustaz Ebit, dia berharap agar inisiatif ini dapat diperluaskkan lagi ke seluruh cawangan pasar raya miliknya.
“Doakan yer. FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.
“Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank.
“Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama.
“Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini,” tulisnya.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan oleh Ustaz Ebit menerusi akaun Instagram miliknya.
Jelas Ustaz Ebit lagi, inisiatif ini telah mengingatkan dirinya sewaktu menjalani kehidupan yang susah satu ketika dulu.
“Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah.
“Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.
“Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew
“Saudaraku disebalik ujian ada rahmat. ‘FoodBank Take What You Need Give What You Can’,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang telah dilakuan oleh Ustaz Ebit itu selain turut mendoakan agar segala misi dipermudahkan.
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Liew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nelydia Senrose ada berkongsi beberapa foto percutiannya di Langkawi yang turut disertai ahli keluargnya yang lain.
Sambil menikmati keindahan pulai di lokasi sekitar, bintang filem Jebat ini juga dilihat ada melakukan aktiviti berlibur bersama famili, termasuk melakukan cabaran ‘terjun’ dari kapal persiaran yang dinaiki.
Perkara tersebut dimuat naik adik kepada Uqasha Senrose ini menerusi beberapa potong video di Insta Stories.
Ia merakamkan detik pelakon ini yang pada awalnya agak ragu-ragu untuk terjun, apatah lagi apabila ia turut disaksikan individu lain.
“Kena paksa lompat form yacht. Yang takut tinggi dan gayat je faham,” tulisnya pada video yang dikongsi.
Pada masa sama, dapat dilihat aksinya yang takut-takut sambil meminta yang lain agar bertenang.
Menyahut cabaran, Nely dilihat mengatasi rasa takut lalu terjun.
“So i conquered my fear dan finally jumped,” tulisnya berselang emoji.
Foto: Instagram Stories Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.