“Ada Orang Cuba Caras, Ada Kena Belasah, Ada Nak Cendol…,” – 5 Instafamous Ini Pernah Viral, Apa Yang Mereka Lakukan Pada Tahun Ini?

Share

Mereka bukanlah selebriti atau bintang popular, namun mereka mula dikenali ramai apabila beberapa keping gambar dan video mulai tersebar di media sosial.

Ia sekaligus menjadikan nama mereka turut dikenali ramai, persis selebriti! 

Jadi, MH senaraikan antara 5 instafamous yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun ini.

1. Awek Cendol

Seorang gadis bernama Nur Nazihah Tahang mula menjadi viral di media sosial apabila dia merengek mahukan semangkuk cendol.

Video tersebut dirakam teman lelakinya, Aiman (sekarang sudah berpisah) ketika itu berada di kawasan panas cahaya matahari  terik.

2. Faiz Roslan

Remaja berusia 18 tahun itu telah melakukan parodi lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali apabila dia bersama rakan-rakannya menyarungkan pakaian seperti wanita.

Dalam pada itu, ramai pihak mula menegur cara mereka itu dan telah mendapat teguran dari beberapa barisan Da’i dan Pencetus Ummah (PU).

3. Mira 

Instafamous, Mira telah dikecam teruk netizen apabila dia dikatakan agak ‘annoying’ ketika membuat ‘paid review’.

Kecaman berterusan sehingga dia diundang sebagai tetamu jemputan dalam program Motif Viral dan dikatakan seperti ‘syok sendiri’ ketika di set tersebut.

Bagaimanapun, selang beberapa hari kemudian, Mira mengambil keputusan untuk berehat dari media sosial untuk menenagkan fikiraannya selepas teruk dikecam.

4. Emma Shazleen 

Instafamous cantik, Emma Shazleen mengalami masalah rumah tangga apabila mendapati suaminya curang dan bermain kayu tiga di belakangnya.

Tambah sedih, Emma ketika itu baru sahaja amelahirkan anak ketiga.

Emma turut meluahkan rasa sedihnya itu di Instagram, bagaimanapun posting tersebut telah dipadam Emma bagi melupakan perkara pahit itu.

5. Amalin 

Difahamkan, remaja berusia 13 tahun itu teruk dibelasah teman lelakinya dan sudah pun membuat aduan polis.

Amalin turut memuat naik statusnya di Twitter.

Foto : Carian Google

IKLAN