“Ada Lendir Berdarah Jatuh Atas Kaki,”- Yatt Hamzah Kongsi Detik Cemas Sebelum Masuk Wad Bersalin

Share

Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah berkongsi momen cemas sebelum melahirkan anak keempat pada 30 Disember lalu.

Kongsinya, beberapa insiden telah menimpa pelakon itu apabila mendapati adanya lendir berdarah mengalir di bahagian kakinya selepas selesai solat Subuh.

“Genap Seminggu, sudah sampai masa utk Bonda share kisah labour Bonda melahirkan #sucino4

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Minggu lepas Isnin waktu yg sama skrg kira2 jam 8.15 pagi Bonda telah bersiap2 ke #hospitalpusrawi setelah ada lendir berdarah jatuh atas kaki sejurus Solat Subuh.

“Alhamdulillah Allah rezekikan dpt bertahajud lg pagi tu sblm Subuh.

“Sungguh2 minta pd Allah agar dipermudahkan & dilancarkan proses bersalin sbb masa tu dah start contraction yg agak kuat setiap 7 minit,” kongsinya.

Perasaan gemuruh mulai melanda Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah kerana mengalami kesakitan luar biasa,tidak seperti melahirkan anak-anaknya sebelum ini.

“Sampai hospital @pusrawiofficial dlm 8.50 pg terus ke Emergency ditemani suami tercinta @zulfadhli_khiruddin

Masa tu Allah je tahu perasaan Bonda walaupn dah anak ke – 4.

“Sakit, nervous, takut (sbb ketiga2 anak semua kena paksa induce sampai contraction luar biasa kuat, sakit mcm nak mati rasanya) dlm masa yg sama rasa happy, lega dan bersyukur sbb akhirnya hari yg ditunggu2 dah tiba.. #babySuci akhirnya dah ready nak keluar setelah overdue 13 hari sejak 18 Dec 2019.

“Mujurlah layanan dr semua staff sangat baik, dari staff di kaunter emergency, nurse dan doktor yg check Bonda, membuatkan hati ni rasa lega dan kurang gementar.

“Dan masa yg dinantikan akhirnya tiba. Doktor check bukaan Bonda dan fuhh ALLAHUAKBAR … (BERSAMBUNG) ..

“Kalau sudi nak tahu sambungan kisah labour Bonda, komen NAK. Nanti Bonda sambung semula detik2 cemas Bonda di Hospital.

“Moga jd manfaat buat semua especially ibu2 hamil, yg tunggu masa nak melahirkan juga bakal2 ibu.. In shaa Allah,”akhirinya.

Terdahulu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata keempat pada 30 Disember lalu seberat 3.3kg.

Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan anak, Suci Hanania Malika, 8.

Yatt kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina,2 tahun.

Foto: Instagram Yatt Hamzah

IKLAN