Setiap orang pasti mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan untuk menjadi suami atau isteri.

MH pasti ramai yang nak tahu apakah agaknya ciri-ciri wanita idaman bagi pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim kan?

Fikry berkata ciri-ciri wanita idamannya adalah seorang yang bijak, pemalu, kedekut dan sombong.

IKLAN

Haa mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya Fikry suka dengan wanita yang kedekut dan sombong kan?

Ini jawapan Fikry ketika MH meminta dia menjelaskan maksud ciri-ciri kedekut dan sombong yang dinyatakan.

IKLAN

“Saya suka wanita yang kedekut kerana mereka akan beli apa yang patut atau lebih tepatnya mereka tidak suka membazir.

 

“Untuk ciri-ciri wanita yang sombong pula adalah kerana mereka tidak akan senang untuk melayan jadi dia akan setia dengan saya dan tidak akan melayan lelaki lain,” katanya kepada MH ketika dihubungi.

Wah mendalam betul maksud kedekut dan sombong yang dijelaskan oleh Fikry. 

IKLAN

Apapun MH doakan yang baik-baik buat Fikry dan dikurniakan jodoh seperti yang diidamkan olehnya.

Foto: Instagram Fikry Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI