“Pelakon baru jangan mudah untuk rasa ‘aku dah buat… dah jadilah’. Tak boleh begitu.” Itu kata pelakon senior, Wan Hanafi Su apabila ditanya mengenai pelakon pelapis yang boleh pergi jauh dalam bidang lakonan menurut padangannya.
Bagaimanapun katanya, ada beberapa orang pelakon yang dikenal pasti mampu pergi jauh dalam dunia lakonan andai terus berusaha mengekalkan kualiti seiring populariti, tanpa terpengaruh dalam isu sensasi hingga mencetuskan viral.
“Ada dua tiga pelakon yang saya kenal pasti, boleh pergi jauh. Memadai kalau saya ada yang saya kenal dua tiga orang yang boleh pergi jauh.
“Tapi pada masa sama saya juga risau juga bimbang mereka nanti terpengaruh dengan lingkungan sosial media, hal viral. Saya rasa sosial media ini boleh jadi bahaya kalau tidak diuruskan dengan baik.
“Selalunya hal yang menjadi viral adalah benda yang tidak bagus. Benda yang sensasi, membangkitkan keinginan untuk orang nak tahu terhadap sesuatu dan ia tidak semestinya bagus.
“Jadi saya tidak percaya pada hal-hal viral, tambah lagi saya tidak berapa berkenan jika sistem menilai populariti seseorang itu bergantung kepada berapa ramai followers. Saya satu orang pun tak ada followers. Saya tiada apa, Instagram pun tiada. Cuba periksa… tak ada,” katanya jujur.
Ads
Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2013 ini pada masa sama turut memberi reaksi apabila ada pihak yang memberikannya gelaran sebagai seorang seniman.
“Kamu yang cakap, saya tak pernah cakap. No… Belum kita sama-sama mencari. Apa yang saya dapat baru, saya bagi.
“Kalau awak nampak benda tu baru, awak boleh terima dengan syarat ia membina atau tidak. Kalau kita berikan sesuatu yang baru tetapi merosakkan akidah, merosakkan moral…Buat apa?,” jelas bintang yang mesra disapa sebagai Ayah Wan ini.
Ads
Terdahulu, pelakon berusia 68 tahun ini ditemui media pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengarah & Pelakon Utama Filem Garang di Alvina Empire, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Filem yang digarap bersempena dengan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut setiap 3 Disember ini diarahkan oleh Kan Varren.
Ads
Mengambil inspirasi daripada kehidupan individu sebenar, filem terbitan Sakti Film Sdn. Bhd ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 5 Disember depan.
Selain Wan Hanafi Su yang mendukung watak antagonis sebagai Saiful, filem ini turut dilakonkan Ahmad Maembong sebagai hero, Pablo Amirul, Cha Cha Maembong dan ramai lagi.
Penyanyi, Ezlynn ada berkongsi berita gembira dan momen indah bersama peminat menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.
Kongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini, dia telah menerima pangkat dan penyampaian watikah daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), hari ini.
“Majlis Pemakaian Pangkat Dan Penyampaian Watikah . Friends to keep!! #bersediaberkhidmat #APM #Angkatanpertahananawan,” tulisnya.
Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan telah menghadiahkan dua buah peti sejuk khusud bagi kegunaan para ibu di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh bagi menyimpan susu badan mereka.
Bayi pra-matang Abby yang diberi nama Muhammad Danial Firman Faizal itu dilahirkan pada 27 September lalu dan masih ditempatkan dalam jagaan unit berkenaan.
Menerusi Instagram, Abby berkongsi beberapa keping foto serta video pendek ketika sesi pemberian berkenaan.
“Alhamdullillah Syukur (25/10/19), Rezeki ALLAH dikongsi bersama. Minggu ni tak sempat nk belanja makan pada staffnurse & doc2 HSB yg rajin melayan kami & mnjaga baik anak kami NICU.
“Jadi Sy, suami @jaiezzany & anak2 @danishhakimofficial @marissadaniaaaa_ @m_danishaa@danish_edry @daiyandayana semua belanja 2 freezer utk NICU ni bagi menampung susu badan ibu2 yg pam kan susu utk baby2 mereka disini termasuklah Sy,” tulisnya.
Bintang Gerak Khas ini pada masa sama turut memaklumkan agar kekal yakin dengan janji Allah.
“YAKIN DENGAN JANJI ALLAH. Apa sahaja yg diniatkan kerana ALLAH, jangan teragak2. Bagi je.. yakin ALLAH akan ganti semula.
“Itulah yg sedang kami sekeluarga usahakan kerana kami sangat yakin dgn janji ALLAH, apa yg kita sedekahkan sewaktu hidup di dunia.. itulah harta kita di akhirat “sana”.
“Bila kita mulakan amalan baik ini yang jarang dibuat org, kemudian diikuti pula oleh pihak lain akan mendapat pahala yang melimpah-ruah sebagaimana disebut dalam hadis bernombor 1893 Riwayat Muslim, “Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”
“Hidup jangan berkira dgn ALLAH & hidup biar bermanfaat utk org lain. Semoga ALLAH redha… Aminnn,” maklumnya lagi sambil terus mendoakan kesihatan bayinya yang sinonim dipanggil Baby D.
“Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami & anak2 pramatang yg lain di NICU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing2 & membesar menjadi Hamba ALLAH dan Umat Muhammad yg beriman, Aminnn,” akhiri Abby.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Abby sekeluarga selain mendoakan agar dimurahkan rezeki.
Terdahulu, terpaksa melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan baru mencecah 24 minggu selepas mengalami ‘turun darah’.
Sebelum itu, dia dimasukkan ke hospital selepas berdepan masalah tekanan darah tinggi.
Dua tahun lalu juga, bintang ini pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meninggal dalam perut gara-gara tekanan darah tinggi.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan Baby D, mereka turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Video sensasi yang tersebar selepas kemenangan Haneesya Hanee cukup terkesan sehingga menyebabkan gelaran Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik daripadanya.
Lalu ramai di kalangan penggiat seni tampil memberikan semangat buat gadis berusia 18 tahun itu.
Misalnya, Fasha Sandha yang menasihati Haneesya agar berhati-hati memilih kawan.
“Remember this quote.
“Fall 7 times,stand up 8. It’s undeniable–we all make mistakes. It’s in our nature as humans to fail.
“Insyaallah ada rezeki di tempat lain untuk awak, terutamanya untuk yang teraniaya oleh ‘sahabat’ sendiri.
“Video aib dirakam ‘sebelum kemenangan’ disebarkan selepas kemenangan. Berhati2 memilih kawan, tak semua kawan suka dengan ‘kejayaan’ kita,” katanya.
Fasha yang memulakan karier lakonan sewaktu berusia 18 tahun turut berharap agar Haneesya tidak mengulangi kesalahan.
“Jangan diulangi kesalahan itu Hanee dan semoga industri dapat memaafkan Hanee. Dia unik, cantik dan berbakat besar dalam industri modelling dan lakonan.
“Saya yakin ada kebaikan dalam diri Hanee. Berikan dia peluang. Jangan kita hukum dan menghina dia dan keluarga. Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita, atau keturunan kita kelak.”
Dalam pada itu, netizen turut bersetuju dengan kata-kata semangat yang ditulis Fasha.
Foto : Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish mengakui dirinya turut terkesan dengan nasib menimpa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari bangunan di kawasan sekolah.