Pelakon baru yang mulai mencuri perhatian menerusi watak Badrul dalam siri Curi-Curi Cinta, Adam Lee mengakui dia sedia tahu mengenai penggunaan foto-foto lamanya dalam keadaan separuh bogel yang digunakan individu tidak bertangunggjawab menerusi aplikasi sosial untuk tujuan seks.

Adam atau nama lengkapnya, Muhamad Arif Adam Mohamad Fadlee, 24, berkata, sebelum ini ada kenalannya bertanya mengenai hal tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak pernah mengambil peduli isu ada yang menyamar menjadi dirinya selagi ia tidak memudaratkan.

“Ada Bertanya Mengenai Hal Itu,” – Bila Gambar Separuh Bogel Diperguna Untuk Tujuan Seks, Ini Reaksi Adam Lee

IKLAN

“Ada bertanya mengenai hal itu. Saya tak buat apa sebab setakat ini, ia tidaklah sampai mengganggu dan seterusnya memberi impak buruk kepada saya.

“Mereka ambil gambar untuk menyamar dan akaun tersebut (jika ada) bukanlah kepunyaan saya pun. Yang lucunya, saya pun tak tengok gambar separuh bogel mana yang digunakan,”jelasnya kepada MH.

IKLAN

Ditanya sama ada dari mana gambar sedemikian mulai tersebar dan disalah gunakan segelintir pengguna media sosial, pelakon tinggi lampai ini memberitahu foto tersebut mungkin diambil menerusi beberapa sesi penggambaran berkonsepkan fitness melibatkan dirinya.

“Sebelum jadi pelakon, saya ada terlibat dalam peragaan dan aktif bermain gim bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa. Jadi pasti akan ada sesi penggambaran yang memperlihatkan bentuk badan, tetapi ia tidaklah sampai perlu berbogel.

 

“Jadi kalau ada orang ambil gambar yang saya muat naik di laman sosial dan gunakan untuk tujuan tertentu tiada apa yang boleh saya lakukan sebab saya sedar, bukan mudah untuk kita nak mencari siapa dalang di sebaliknya,” ujarnya lagi.

 

IKLAN

Foto: Instagram Adam Lee & Astro

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI