Pelakon Intan Najuwa, 24, tidak mahu mengulas lanjut mengenai status terkini dengan bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 40.
Jelas Intan, dia kini memilih untuk menyimpan sendiri hal peribadi berbanding menghebahkannya kepada umum. Malah dia juga selesa dengan pendirian tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih baik cuma untuk mengulas lanjut mengenai status hubungan kami secara terbuka, saya tak mahulah komen.
“Rasanya sebelum ini pun, semua sudah tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Cuma buat masa sekarang, saya tidak boleh nak umumkan status saya dengan bekas tunang.
“Saya sekarang ni lebih kepada ‘go with the flow’. Doakan yang baik-baik. Apapun, saya akui banyak belajar dari apa yang terjadi dahulu.
“Jadi oleh sebab itu, saya mahu menyimpan sendiri apa yang terjadi dalam hubungan saya,” katanya.
Ads
Intan turut menambah, hubungannya ketika ini agak ‘complicated’ untuk dijelaskan tetapi masih lagi baik dan positif.
“Ada banyak hati yang perlu saya jaga, hati keluarga saya serta pihak di sebelah sana juga. Jadi, ada baiknya saya berdiam.
Ads
“Saya minta semua orang faham sebab mengapa saya mahu menyimpan sendiri. Saya juga mohon doa yang baik-baik dari semua pihak,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai reaksi bekas tunang terhadap statusnya sekarang, Intan mengakui si dia memahami dan memberi ruang buatnya untuk fokus dalam lakonan.
Ads
“Dia faham dan sekarang pun masing-masing mahu fokus terhadap apa yang dilakukan sekarang. Saya sendiri pun memang mahu fokus dengan lakonan dan bisnes tahun ini.
“Setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya yang sebelum ini pernah bertunang dengan Razrul pada 18 Ogos 2019 namun mereka putus sekitar Februari 2020 lalu.
Bagaimanapun, Intan kembali memuat naik foto mesra bersama Razrul pada Jun 2020 dan semenjak itu, bintang ini masih belum menjelaskan status hubungannya dengan lelaki berkenaan secara terperinci.
Intan ditemui di lokasi penggambaran drama 28 episod, Tak Sempurna Mencintaimu terbitan Zeel Production yang bakal bersiaran slot Akasia di TV3 Mac depan arahan Emi Suffian.
Selain Intan yang memegang watak sebagai Siratul dalam karya adaptasi novel berjudul sama nukilan Rehan Makhtar ini, pelakon lain yang turut sama terlibat ialah Redza Rosli, Rita Nadhira, Wan Maimunah, Datuk Ahamd Tarmimi Siregar, Lydiawati dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah menjadi impian kepada isteri untuk memiliki mahligai cinta yang bahagia bersama suami tercinta dan itulah yang mungkin dirasai penyanyi, Siti Sarah ketika ini.
Sarah atau nama lengkapnya, Siti Sarah Raissuddin meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan suaminya, yang juga merupakan seorang penyampai radio dan pelawak, Shuib.
Menerusi entri di Instagram, penyanyi lagu Semakin ini berkongsi cerita tentang sikap serta keperibadian Shuib yang disifatkan sentiasa merendah diri.
“Sememangnya dia tidak pernah lupa asal usul dari awal perkenalan, awal perkahwinan sehingga sekarang.
“Itulah @shuibsepahtu yang saya kenal, anak kampung, orang susah, anak sawah yang tak pernah lupa diri.
“Mungkin ada perubahan dari segi kejayaan sebab dia orang yang nak ubah nasib diri jadi lebih baik, sangat komited, berani dan inginkan perubahan termasuk janji pada ibunya dia akan beri kesenangan.
“Jadi sebab itu dia tak pernah kenal erti penat, apapun dia hadap termasuk fitnah-fitnah yang berat. Terima kasih Allah sebab temukan kami,” tulisnya.
Lantas perkongsian yang dititipkan itu turut mendapat reaksi daripada para peminatnya.
Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata setakat ini.
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi Nur Sajat ada memberikan perkongsian mengenai jalinan persahabatan bagi dirinya.
Menerusi satu hantaran terkinidi Instagram, Sajat mengakui hubungan persabahatan tidaklah tertakluk kepada material atau agama semata-mata.
Sebaliknya, ikatakan tersebut menjadi lebih bermakna apabila seseorang itu sedang bersedih, dan si dia ada sama di sisi.
“Persahabatan bukan tertakluk pada rupa, bangsa, agama, darjat atau sebagainya. Bila kita sedih, di sini kita kenal erti persahabatan.
“Kita sedih bukan kerana kita perlukan duit, tetapi mengangkatku kembali pulih seperti biasa.
“Senyum ku yang selalu ku puji dan yakin, makin Suram Di wajah ini. Terima kasih sahabat kerana mengambil tahu pasal ku… sahabat yang ku sayang.
“Terima kasih mengambil berat pasal ku. Aku hargai kata kata semangat ini mu. Aku Cuba bangun tetapi masih belum ku kembalikan Nur dalam diri ini,” tulisnya.
Sajat yang sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa single lagu turut menyifatkan individu yang berilmu terus dipuji manakala sebaliknya pula berlaku kelada pendosa yang terus ditindas.
“Yang lebih berilmu terus Di puji, di pandang mulia, di angkat darjatnya mahu dunia dan syurga, tetapi si pendosa terus ditindas, terud dipandang hina, walaupun tiada sedekit kebaikkan yang mereka nampak si pendosa ini.
“Dan pendosa semakin hanyut dan terus hanyut hingga mencari ketenangan diri,” luah pemilik NurSajatGold ini lagi.
Posting berkenaan secara langsung turut mendapat reaksi pelbagai pengguna Instagram lainnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...