“Ada 5 Biji Buah Kelapa,”- Dihujani Komen Nakal Berbaur Lucah, Ada Apa Dengan Foto Janna Nick?

Share

Pelakon Janna Nick sering berkongsi gambar dan video di akaun Instagramnya.

Secara tidak langsung, gambar-gambar tersebut telah mendapat ribuan likes selain komen pelbagai daripada netizen.

Bagaimanapun, baru-baru ini, pelakon drama Leftenan Zana itu ada memuat naik sekeping foto dia sedang posing dengan empat biji buah kelapa.

“Ingatkan air kelapa yang buat tekak saya sejuk… Rupa nya awak! eh cayang ni!,” tulis Janna di ruangan kapsyen.

Namun, ada juga netizen yang berfikiran ‘kotor’ dan mula tinggalkan komen berbaur lucah terhadap foto Janna itu.

Aduhai, pelbagai komen yang dilemparkan netizen terhadap foto tersebut.

Sebaiknya, netizen perlulah berfikir dahulu sebelum memberi komen, kan?

Foto : Instagram Janna Nick

IKLAN