“Ada 4 Lagi Majlis Yang Tak Buat, Semua Belah Emir,” – Ada Tanya Soal Baki Resepsi, Ini Jawapan Mira Filzah

Share

Pelakon Mira Filzah memberikan respon selepas ditanya peminat sama ada dia ingin menyambung majlis resepsi yang belum dilakukan andai mempunyai peluang untuk berbuat demikian selepas ini.

Menurut Mira, jika diikutkan pada perancangan awal, masih ada baki empat majlis resepsi yang belum dijalankan.

“Sebenarnya, ada 4 lagi majlis yg tak buat. Semua belah Emir. Belah Mira, Alhamdulillah selesai. Belah Mira; Majlis Khatam, Akad Nikah, Resepsi I & Resepsi 2.

“Belah Emir masa tu tinggal beberapa hari je lagi tp dah MCO kot mid Oct 2020. Yes 14hb Okt start MCO semula,” tulis Mira.

Bintang drama Sweet Dreams itu mendedahkan perkara tersebut menerusi Ask Me Question, di Insta Stories.

Mira turut menambah, dia juga sudah menempah empat jurusolek untuk majlis tersebut, namun tiada rezeki.

“Empat baju semua tinggal fitting je. Saya dah book @khirkhalid, @syedfaizalsyednoh, @rozlanassir & @ahma_dani. Tapi tidak kesampaian.

It’s okay! Ada hikmah. Mira rasa ramai bakal pengantin yg tunda Majlis berkali2 sepanjang 2020. Tapi Mira syukur, sekurang2nya Majlis belah Mira dah selesai semuanya,” jelasnya.

Mira bagaimana pun tidak bercadang untuk meneruskan baki majlis memandangkan keadaan masa yang masih belum mengizinkan.

“Berbalik kpd soalan, tak sambung kot. Tah lah. Dah nak masuk anniversary dah nii. Keadaan pun tidak sesuai,” tulisnya lagi.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

IKLAN