Rumah tangga aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa bersama suaminya, Vicky Kharisma akhirnya menemui noktah selepas hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Perpisahan pasangan itu disahkan menerusi keputusan Mahkamah Agama Jakarta Pusat bertarikh 19 Mei lalu.
Tanpa kehadiran Vicky selaku tergugat sepanjang prosiding berlangsung, mahkamah memutuskan perceraian itu secara verstek iaitu penghakiman tanpa kehadiran pihak yang disaman, sekali gus mengesahkan permohonan cerai yang difailkan oleh Acha pada Disember tahun lalu.
“Talak satu ba’in shughra” telah dijatuhkan ke atas pasangan tersebut, menurut salinan keputusan rasmi yang tular semalam. Mahkamah turut menetapkan Acha sebagai pihak penggugat untuk membayar kos perbicaraan sebanyak Rp2.358 juta.
Sepanjang proses itu, tiada kenyataan terbuka dikeluarkan oleh kedua-duanya. Malah, kisah perceraian tersebut hanya menjadi perhatian selepas beberapa minggu keputusan dibacakan.
Tanda-tanda hubungan mereka telah berakhir mula dikesan peminat apabila Acha meninggalkan komen berunsur co-parenting pada salah satu hantaran Instagram milik Vicky.
Ads
“Co-parenting at its finest. Terima kasih Vic,” tulisnya ringkas namun cukup memberi petunjuk.
Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016 dalam majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Jakarta. Setahun selepas itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang menjadi pelengkap kebahagiaan.
Ads
Imbas kembali, Acha dan Vicky pernah dilihat sebagai pasangan ideal dan sering berkongsi momen keluarga di media sosial.
Walaupun berumah tangga, Acha kekal aktif dalam dunia perfileman tempatan. Antara filem lakonannya termasuk Kartini (2017), June & Kopi (2021), Mumun (2022), Surga di Bawah Langit (2023) dan Suami yang Lain (2024).
Terbaharu, pelakon filem Heart itu membintangi Qodrat 2, filem genre seram sempena Aidilfitri 2025 yang turut menampilkan Vino G. Bastian, Della Dartyan dan Donny Alamsyah.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Fenomena alt-pop global, Sombr, mengumumkan pelancaran album debutnya berjudul I Barely Know Her yang dijadualkan pada 22 Ogos menerusi Warner Records.
Album ini dijangka melonjakkan nama penyanyi berusia 20 tahun itu ke status ‘superstardom’, susulan kejayaan besar sepanjang 2025 dengan rekod carta yang memecah pelbagai pencapaian artis baharu, selain siri jelajah konsert utama dan arena yang habis terjual di seluruh dunia.
Uniknya, I Barely Know Her ditulis sepenuhnya oleh sombr sendiri dan diterbitkan bersama penerbit legenda Tony Berg (Phoebe Bridgers, Boy Genius, The Replacements, Aimee Mann, Michael Penn).
Album ini juga akan diluncurkan sebelum konsert jelajah Amerika Utara sombr bermula dan kini boleh dipra-simpan di semua pelantar penstriman utama.
Pada usia 19 tahun, sombr atau nama sebenarnya Shane, mula mencipta fenomena dengan single debut Caroline, yang mencatat lebih sejuta strim pada minggu pertama pelancaran.
Kini, ia melepasi 38 juta strim di Spotify. Lagu-lagu lain seperti Willow, Would’ve Been You (45 juta strim) dan Do I Ever Cross Your Mind (13 juta strim) turut mendapat sambutan hangat, menjadikannya antara artis muda paling menyerlah.
Perjalanan karier sombr semakin kukuh apabila disenaraikan dalam Billboard 21 Under 21 pada 2025, mengiktiraf pengaruh besarnya dalam membentuk masa depan muzik global.
Malah, dia turut tercalon di MTV Video Music Awards 2025 bagi kategori Artis Baharu Terbaik dan Video Alternatif Terbaik, mengukuhkan statusnya sebagai bintang alt-pop yang sedang meningkat.
Single terbaharu, 12 to 12, menjadi kegemaran peminat dan melonjakkan jumlah pendengar bulanan di Spotify kepada lebih 3.6 juta.
“Rasa seronok bila dengar suara sendiri semakin berkembang. Belajar nyanyian klasik mengajar saya cara mendapatkan apa jua bunyi yang saya mahukan.
“Dan dapat berhubung dengan orang lain menggunakan alat magis ini adalah sesuatu yang mendorong dan memberi saya semangat.
“Saya menghasilkan seni yang saya rasa magis, dan ia akan menemui jalannya tidak kira apa pun. Saya benar-benar mencintai seni dan selagi saya dapat menggunakan apa sahaja yang ada dalam diri saya untuk mencipta sesuatu yang memberi inspirasi kepada lebih ramai orang, saya gembira… atau sekurang-kurangnya tidak terlalu ‘somber’,” katanya.
Untuk rekod, sombr baru sahaja menamatkan Jelajah Amerika Utara 2024 dengan persembahan habis jual di bandar utama seperti New York, Los Angeles, Atlanta dan Toronto. Persembahan penutup di lokasi ikonik The Troubadour di Los Angeles turut dipuji media muzik kerana persembahan yang bertenaga dan memukau.
Graduan LaGuardia High School di New York ini mempelajari muzik klasik sambil membangunkan material sendiri, menggabungkan elemen indie, alt-pop dan penceritaan emosi. Dengan pengiktirafan antarabangsa, pencalonan anugerah besar, serta kejayaan jelajah, sombr kini semakin kukuh sebagai salah seorang artis muda paling menjanjikan generasinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semangat meraikan bulan kemerdekaan tahun ini dijangka lebih ‘hebat’ daripada biasa apabila Hello Inilah KITA Showcase bakal menguasai Pavilion Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2025, jam 7.45 malam.
Bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya ia adalah sambutan penuh semangat patriotik yang menyatukan legenda, bintang versatil dan bakat baharu dalam satu malam yang sarat dengan hiburan berkualiti!
Lebih menarik, gabungan artis yang dipilih untuk malam istimewa ini ibarat sebuah time machine muzik Malaysia, daripada legenda rock yang membesarkan generasi 80-an dan 90-an, hinggalah ke bintang baharu yang mencipta trend dalam dunia muzik hari ini.
Energi yang dibawa mereka bukan sahaja menjanjikan persembahan menghiburkan, tetapi juga mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian muzik tanah air yang menjadi sebahagian daripada identiti kita sebagai rakyat Malaysia.
Nama pertama yang pastinya akan mencuri perhatian ialah Ella, Ratu Rock negara yang tidak pernah pudar auranya. Setiap kali Ella naik pentas, aura rock diva itu terus hidup dari vokal yang mantap, gaya pentas yang penuh karisma, hinggalah ke deretan lagu evergreen yang sudah menjadi sebahagian daripada sejarah muzik Malaysia.
Kehadiran Ella dijangka menjadi pembuka tirai paling kick untuk memacu adrenalin penonton dari saat pertama muzik berbunyi dan terus memacu getaran kemeriahan yag paling hebat.
Turut membawa warna tersendiri kepada showcase ini ialah Mimi Fly, si queen of energy yang terkenal dengan vokal padu dan persembahan penuh attitude yang pastinya bakal mengusai pentas dengan hebat
Bekas anggota One Nation Emcees ini bukan sekadar menyanyi, bahkan memiliki karisma yang membuatkan penonton tidak mampu mengalihkan pandangan. Setiap persembahan Mimi Fly ibarat suntikan adrenalin yang memastikan crowd sentiasa terhibur.
Dari generasi baharu pula, kemunculan Alpha pasti dinantikan. Kumpulan yang semakin mencuri perhatian ini dikenali dengan lagu-lagu catchy seperti Monalisa dan P.Ramlee Saloma yang kini menjadi siulan ramai.
Persona segar mereka sebagai jejaka masa kini yang dekat dengan jiwa anak muda menjadikan Alpha antara tarikan utama malam itu, membawa nafas baharu ke dalam acara penuh patriotik ini.
Menambah variasi dan vibe urban, Lucidrari bakal membawa sentuhan hip hop yang unik. Rapper muda ini dikenali dengan flow yang padu dan lirik yang penuh karakter, pasti menjadikan persembahannya antara yang paling standout di malam tersebut.
Dengan gaya yang autentik, Lucidrari dijangka menghubungkan dunia seni moden dengan semangat kebangsaan yang diraikan.
Selain empat nama hebat ini, pentas malam itu turut akan digegarkan oleh SonaOne, Wani Kayrie dan Geraldine Gan. Lebih istimewa, Astro turut mempersembahkan mural digital khas di Skrin Pavilion sebagai sebahagian daripada kempen Inilah Kita, Sehati Bersama, membawa elemen seni visual yang mengiringi semangat perayaan kemerdekaan.
Dikendalikan oleh dua personaliti popular, Daniel Cheang dan Ily Ruzanna, acara ini menjanjikan sebuah malam yang sarat dengan hiburan, emosi dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Jadi, bersedialah untuk menyanyi, menari dan meraikan semangat kemerdekaan bersama-sama.
Inilah suara kita. Inilah KITA.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kagum dengan semangat juang pesakit kanser kanak-kanak di bawah kelolaan Pertubuhan Kebajikan Adina (Adina), pelakon Putra Amaris bersama syarikat pengeluar produk pencuci, Biofitrah (M) Sdn Bhd, terus komited mengumpul dana bagi memenuhi keperluan mereka.
Antara inisiatif utama adalah kempen “beli sambil menderma” menerusi produk pencuci dan pelembut pakaian berlabel PowerRein dan SoftRein.
Melalui pembelian ini, masyarakat bukan sahaja mendapat produk berkualiti, malah secara tidak langsung menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
Amaris yang juga duta Biofitrah, berharap program amal ini mendapat sambutan luar biasa dan mampu mengurangkan beban anak-anak yang menghidap kanser.
“Ini merupakan tanggungjawab yang saya galas bersama Biofitrah. Jika sebelum ini Biofitrah bersama-sama saya dalam program amal sempena Ramadan, kerjasama ini kami teruskan untuk membantu pesakit kanser kanak-kanak.
“Apa yang kami lakukan ini bukanlah kerana bisnes semata-mata, tetapi juga sumbangan amal yang berterusan.
“Untuk itu, kami amat memerlukan sokongan daripada mana-mana syarikat korporat, masyarakat dan pihak media bagi menjayakan program ini sekaligus meringankan beban anak-anak yang sedang menderita menghidap kanser,” katanya.
Pelakon drama Bintang Hatiku ini berkata demikian ketika Majlis Pelancaran dan Perasmian Pembukaan Kilang Kedua Biofitrah di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Amaris turut tidak mampu menahan rasa sebak apabila bertemu sendiri dengan anak-anak yang menghidap kanser, menyifatkan mereka sebagai insan luar biasa yang sangat tabah.
“Sungguh besar ujian buat mereka. Kalau saya di tempat mereka, entah macam mana. Belum tentu saya boleh sekuat mereka.
“Dalam masa yang sama, ini juga ujian buat kita yang dilahirkan sempurna, sama ada kita bersyukur atau tidak. Adakah kita peka dan prihatin terhadap insan-insan lain yang memerlukan bantuan kita.
“Jadi atas dasar itulah, saya dan Biofitrah mengambil inisiatif untuk berkongsi rezeki dengan mereka,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Biofitrah (M) Sdn Bhd, Aman Rasyidi Mohd Noor, menjelaskan bahawa usaha ini sejajar dengan komitmen syarikat dalam menganjurkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Sebenarnya sudah lebih tiga tahun Biofitrah aktif terlibat dalam kerja amal. Cuma sebelum ini kami banyak bersama badan-badan NGO (Pertubuhan bukan kerajaan) misalnya membantu mangsa banjir.
“Sejak tahun lepas, kami mula bersama Amaris. Amaris bukan sahaja sebagai duta, tetapi juga ‘tulang belakang’ kami dalam menganjurkan program-program amal.
“Saya percaya, dalam kita berniaga, pasti ada bahagian orang lain. Setiap pembelian Softrein RM1 akan diserahkan kepada Adina. Manakala setiap pembelian PowerRein RM1 akan disumbangkan kepada Muslim Care.
“Insya Allah, selepas ini kami juga merancang untuk adakan program CSR artis-artis veteran yang memerlukan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Adina, Nurdieana Mohd Mardzi, melahirkan penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan Biofitrah serta Amaris terhadap anak-anak di bawah kelolaan mereka.
“Di kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Biofitrah dan Amaris kerana sentiasa peka dengan anak-anak bawah Adina. Sebelum ini sudah beberapa kali kami bekerjasama.
“Bercakap tentang anak-anak kanser ini, terdapat pelbagai jenis kanser yang mereka hidap seperti kanser darah, otak, mata, saraf, buah pinggang dan sebagainya,” katanya.
Setakat ini, lebih 350 pesakit kanser kanak-kanak berada di bawah naungan Adina.
Sesiapa yang ingin membuat sumbangan untuk tabung bantuan lampin pakai buang dan susu bernutrisi kanak-kanak kanser, boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun 8605749460 (CIMB Islamic).
Terdahulu, majlis pelancaran kilang kedua Biofitrah di Nilai Utama Enterprise Park telah disempurnakan oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Negeri (Pembangunan) MARA Negeri Sembilan, Siti Roziah yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Zahari Aziz.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran NGO seperti Muslim Care Malaysia Society, Adina Charity Circle, serta anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz Al Quran Misbahul Falah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dipilih sebagai duta bagi sebuah jenama baju raya terkenal, pempengaruh Mdno berharap orang ramai tidak keliru dengan nasihat-nasihat yang sering dikongsikan di media sosial, khususnya berkaitan pengurusan kewangan.