“Accidentally Broke My Rear Tooth And…,” – Aduh! Seriau Tengok Darah Keluar Dari Mulut Naim Daniel

Share

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel ada berkongsi satu potongan video pendek di Instagram yang mendapat perhatian netizen.

Ini kerana, kelihatan darah keluar dari mulut ketika menjalani penggambaran drama terbaru lakonannya, Kerana Dia Aku Menangis yang bakal ditayangkan di Astro First arahan Kabir Bhatia.

Jelasnya, dia mengalami kecederaan pada bahagian gigi serta bibir pada hari ketiga penggambaran.

“Kahoe : Day – 3 on set. Im fine. Accidentally broke my rear tooth and a little lip cuts. But all good!,” tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi Sumpah itu tidak pula memperincikan punca ia boleh berlaku.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminatnya memintanya untuk jaga diri dan lekas sembuh.

Foto: Instagram Naim Daniel

IKLAN