“Acah Macam Lebih Baik Dari Allah!,”- Michael Ang Selar Netizen? Fasal Apa Tu?

Share

Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang ada berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsi Michael, dia telah mendapat kritikan netizen terhadap perkongsiannya di akaun media sosial berkenaan cara pemakaian Michael sebagai seorang yang beragama Islam.

Lalu, pengarah yang berusia 44tahun itu telah memberi reaksi dengan tindakan netizen berkenaan.

“Salam semua. Pagi2 kena hadap org Acah acah mcm lebih baik dari Allah! Lepas tu kantoi PENIPU besar!

“Cakap tak follow aku terscroll nampak posting aku. Beribu org tgk gambar tu tak seorang pun CAKAP APA 2 NEGATIVE pasal gambar tu.

“Ada pulak manusia PENIPU NI MUNCUL! Aku post ni Sebab ORG MCM NI LA BAGI ISLAM A BAD NAME! U THINK U ARE BETTER THEN ANY OTHER MUSLIM!

“Geramnya aku!!!!! Anyway luv u all n have a great Sunday!,” tulisnya.

Malah, peminat juga bersetuju dengan kata-kata yang dilontarkan oleh pengarah drama bersiri Suri Hati Mr.Pilot itu.

Foto: Instagram Michael Ang

IKLAN