“Abe Joe Left Group ‘Recond’ Dulu…,” – Berbaju Melayu Putih, Fizo Omar Selamat Nikah? Ramai Beri Ucapan Tahniah!

Share

Sekeping foto yang dimuat naik pelakon, Fizo Omar, 36, yang lengkap berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam, 4, di Instagram mencuri perhatian ramai.

Ini kerana, perkongsian tersebut seolah-olah mengesahkan khabar angin dia kembali selamat bergelar suami, malam tadi bersama kapsyen yang turut menjadi tanda tanya ramai.

“Ok abe joe left group ‘recond’ dulu k. Pape roger k,” tulisnya sambil memetik nama tiga rakan artis iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat meninggalkan reaksi pelbagai dan ada di antara mereka mendakwa, wanita yang menjadi suri hatinya itu ialah bekas pramugari dari Sarawak.

Malah tidak kurang yang turut menitipkan titipan kata yang baik-baik dan ucapan tahniah.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah pun menerima lebih 60,000 tanda suka.

Sementara itu menerusi Insta Stories, Fizo turut meletakkan perkataan ‘Alhamdulillah’ pada foto sama.

Sekadar informasi, Fizo yang juga finalis Hero Remaja sezaman Kamal Adli ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam. Bagaimanapun, keduanya berpisah Julai 2019.

IKLAN