Dalam kesibukan orang menghentam tindakan Aliff Aziz yang cuba menjernihkan keadaan dengan membuat sidang media, ada sesetengah pihak pula memuji tindakan berani pelakon tersebut.

Antara orang yang tidak terkecuali ialah bekas anggota Elite, Abby Abadi.

Mengikuti perkembangan semasa, Abby berkongsi pandangannya melalui posting di Instagram dengan memuji keberaniaan Aliff yang berani mengaku salah secara terbuka.

IKLAN

 Abby Abadi Puji Keberanian Aliff Aziz Mengaku Salah

Abby menganggap kejujuran Aliff bercerita hal sebenar tanpa mereka-reka cerita bertujuan untuk menyelamatkan diri sendiri adalah sesuatu yang sangat membanggakan.

IKLAN

“Hebat lelaki ini, dia bersalah dan dia mengaku kesalahan dia. Dia tak reka-reka cerita untuk selamatkan diri, tahniah Aliff Aziz,” tulisnya secara terbuka di Instagram.

Malah Abby menyifatkan Aliff sebagai seorang yang sangat bernasib baik kerana tidak terus hanyut melakukan kesilapan.

“Semua manusia melakukan kesilapan. Cuma awak ‘bernasib baik’ sebab Allah sedarkan awak cepat berbanding yang lain,” kongsinya.

Abby sebagai seorang senior dan banyak pengalaman, menasihati Aliff untuk muhasabah diri dan ambil segala yang terjadi sebagai pengajaran hidup.

IKLAN

“Muhasabah diri k, Allah uji sebab Allah sayang. Semoga menjadi pedoman untuk menjadikan awak seorang lelaki yang lebih baik lagi untuk hari-hari seterusnya ye adik?” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Abby juga meminta agar peminat-peminatnya menjadikan isu ini sebagai pedoman untuk memberi peluang perbaiki setiap kekurangan yang ada pada diri.

“Dan semoga menjadi pedoman juga kepada kita semua. Baik lelak baik perempuan. Baik suami atau isteri orang. Tua muda miskin kaya selagi bergelar manusia, sama-sama perbaiki apa yang kurang selagi Allah izinkan dan beri peluang,” tulisnya lagi dalam ruangan kepsyen.

Hebat lelaki ini ❤️ . Dia bersalah Dan dia mengaku kesalahan dia ?? Dia tak reka2 cerita Untuk selamatkan diri Tahniah Aliff Aziz ? . Semua manusia melakukan kesilapan Cuma awk ‘bernasib baik’ Sebab ALLAH sedarkan awak Cepat… berbanding yang lain . Muhasabah diri k ALLAH uji sebab ALLAH sayang Semoga menjadi pedoman Untuk menjadikan awak Seorang lelaki yg lebih baik lagi Untuk hari2 seterusnya Ye adik ye ? . Dan semoga menjadi pedoman juga Kepada kita semua Baik lelaki baik perempuan Baik suami atau isteri orang Tua muda miskin kaya Selagi bergelar manusia Sama2 perbaiki apa yg kurang Selagi ALLAH izinkan Dan beri peluang ? . PS: Kirim salam isteri & keluarga. Jaga hak ALLAH, ALLAH akan jaga kita. Yakinnnnnn ? #Dua2punSalah #MintaMaafJe #JanganPusingKeliling ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI