Beberapa hari lalu, Abby Abadi ada memuat naik posting berkenaan tindakan murninya yang mengambil anak angkat lelaki.

Selain meraikan kehadiran ‘orang baru’ di dalam keluarganya, Abby menerusi perkongsian terbaru turut memberikan dedikasi kepada Memey Suhaiza.

Kongsi Abby, isteri kepada aktor Norman Hakim itu seorang yang baik kerana dua hari berturut-turut menemaninya sepanjang proses menjaga anak angkat.

IKLAN

“Baiknya Memey Suhaiza ni. 2 hari kita dalam pantang. 2 hari berturut2 dia datang hihi. Pantanglah sangat. Kita yg dpt baby. Memey yg seronok sangat,” tulisnya.

Selain itu, Abby turut memberitahu Memey juga meluangkan masa lama bersamanya selain turut membantu di dapur, selain turut mengirimkan hadiah buat anak angkat berkenaan.

IKLAN

“Semalam datang lepak lama. Siap tolong masak untuk tetamu yg lain. Hari ni datang lagi. Hantar hadiah utk baby pulak. Terharu kita. Esok takleh dtg dah. Sebab kita takde hehe,” tulisnya yang turut berkongsi video sekitar.

Rata-rata memberikan reaksi positif terhadap entri tersebut dan tidak kurang yang mengucapkan tahniah buat Abby sekeluarga.

IKLAN

Foto: Instagram Abby Abadi

https://www.instagram.com/p/BkksEaGlB3L/?hl=en&taken-by=abby_abadi112

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI