Abang Sulung Alyah Telah Kembali Ke Rahmatullah Pada 17 Ramadan, Al-Fatihah

Share

Penyanyi Datin Alyah, 41, kehilangan abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan yang telah pergi mengadap Illahi, pagi tadi.

Isteri kepada Datuk Ramli MS itu memaklumkan berita mendukacitakan itu menerusi Instagram.

Menerusi ruangan kapsyen, Alyah mendoakan semoga roh abangnya dicucuri rahmat dan ditempatkan pada kalangan orang-orang yang beriman.

“Assalammualaikum semua. Abang sulung saya Mohammad Fadzil Abu Hassan sudah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.

“Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin, amin Ya Rabb,” tulisnya.

Perkongsian Alyah dengan latar foto kosong berwarna hitam itu menjelaskan dia dan keluarga kini dalam kesedihan akibat kehilangan insan tersayang pada 17 Ramadan yang juga sempena Nuzul al-Quran.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat mengucapkan takziah kepada Alyah sekeluarga dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

IKLAN