Perkongsian beberapa keping foto di Instagram pelakon, Datuk Aaron Aziz mengundang perhatian netizen.
Masakan tidak, foto yang merakamkan anaknya, Dahlia Arissa, 9, yang seakan-akan mengalami kecederaan dengan wajah yang dilihat cedera berlumuran darah dan jari tengahnya yang dilihat putus.
Bagaimanapun, pelakon terbabit menjelaskan rupanya ia hanyalah kesan solekan semata-mata yang dilakukan sendiri anaknya.
“My little talented 9years old @dahliaarissaaaron learned to do special effects by herself.
“And for me as someone who is use to these make up effects , she did a very very good job. Keep it up Adik!! #aaronazizfamily #Abgpadamulanyaterkejutberuk#Abgsikitlagidapatheartattack #Abgbanggadgnanak##AnakAbgzombie #AbgBapakzombie,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan hasil kreativiti yang dihasilkan kanak-kanak berusia 9 tahun itu, termasuk rakan selebriti.
Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 15 dan Dwi Ariana, 13.
Foto: Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Best buat dakwah macam ustaz”. Itu antara kata-kata yang disampaikan pelakon Nazim Othman apabila bertemu dengan penceramah, Ustaz Ebit Lew.
Malah, Ebit juga gembira kerana dapat bersemuka dengan pelakon terkenal itu.
“Sebak gembira baru sekejap tadi dapat berbual dengan @nazimothman. Baik dan rendah diri orangnya.
“Katanya penat kerja ustaz. Best buat dakwah macam ustaz. Berbual-bual dan cerita padanya terkenal dan menjadi idola masyarakat ini anugerah Allah.
“Dapat sampaikan Islam pada semua orang. Macam Nazim Allah beri terkenal dan baik. Artis dan menjadi idola masyarakat,” kongsi Ebit.
Dalam pada itu, Ebit turut memuji sikap rendah diri bintang drama Suri Katrina itu.
“Baik dan lemah lembut orangnya. Gunakanlah untuk kerja dakwah ini insyaAllah untuk Redha Allah. Semoga Allah berkati hidup beliau dan menjadi asbab hidayah,” tulisnya.
Dikurniakan keluarga bahagia dan perniagaan yang kian kukuh, usahawan Tya Arifin bersyukur kerana menganggap kehidupnya kini sudah sempurna.
Bagaimanapun, Tya masih mahu belajar seterusnya menjadi insan lebih baik sebagai ibu dan isteri kepada suami tercinta.
“Alhamdulillah,saya rasa sangat bersyukur dikurniakan anak sepasang (lelaki dan perempuan) dan sihat.
“Allah sangat sayangkan saya.Segalanya sudah lengkap.
“Jadi, saya terus berdoa untuk jadi ibu yang terbaik kepada anak-anak,isteri yang terbaik untuk Asyraf,usahawan yang terus berjaya untuk membantu keluarga dan orang ramai,” kata Tya kepada MH.
Sebaliknya, Tya hanya membenarkan anaknya menerima tawaran sebagai duta sebuah produk sahaja.
“Kalau jadi duta sebuah produk atau iklan, saya okay kerana tempoh masa shooting itu hanya beberapa hari saja.
“Hal ini kerana saya tidak mahu menganggu kegiatan mereka yang masih kecil dan perlukan perhatian keluarga sepenuhnya,” kongsi Tya yang telah berkahwin dengan Ashraf Khalid pada 1 November 2015.
Dalam pada itu, Tya atau nama penuhnya Nurtria Wulandari Arifin menjelaskan bahawa dia tidak menghalang anak-anaknya untuk terlibat sebagai duta bagi sesebuah produk.
“Ada juga tawaran yang melibatkan Arif dan Azahra untuk muncul dikaca televisyen seperti menjadi duta sesebuah produk.
“Tetapi saya juga melihat kepada jenis produk yamg ditawarkan kepada mereka (anak-anak),” ujarnya.
Dalam perkembangan lain,Tya sebagai peneraju utama dalam filem M.O.X turut gandingan Ebi Kornelis Zaidi Omar, Radhi Khalid, Shareeta Selvaraj, Adam Shahz dan ramai lagi.
Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini.
Foto : Instagram Tya Arifin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan cedera selepas terlibat kemalangan ketika berbasikal petang semalam.
Difahamkan, Azhar terjatuh ketika menjalankan aktiviti berbasikal di Kuala Terengganu sehingga menyebabkan tangan kiri dan hidungnya patah.
Perkara tersebut dikongsikan Azhar menerusi Facebook miliknya.
“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” tulisnya.
Azhar kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.
Berikutan kemalangan itu, Azhar menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.