Awal malam tadi, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta telah menulis suatu ‘amaran’ menerusi Insta Story di akaun Instagram miliknya.
Mengejutkan, apabila bintang berusia 45 tahun itu seakan marah dan memberi teguran kepada seseorang.
“KAU KEJE MACAM TAIK , KAU NAK AKU VIRALKAN KE MCM MANA KAU KEJE, APA KAU AMBIK , APA KAU BUAT MALAM2 SAMPAI BAWAK KETA SAMBU TIDO!!!!!!! .”
“BILA HIDUP KAU SUSAH , JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN , TANYA DIRI SENDIRI MCM MANA KAU KEJE!!!!!” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen pada gambar Che Ta di Instagram pula, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu ada menerima kecaman dan komen yang berbaur negatif daripada netizen.
Kisahnya, ada yang tidak berpuas hati kerana Che Ta didakwa tidak membayar gaji kepada pembantu pemandu. Benarkah?
Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan mana-mana individu mahupun dari Che Ta sendiri mengenai apakah sebenarnya yang berlaku.
Malah, tidak juga dapat dipastikan sama ada status yang ditulis itu dituju kepada siapa dan mengapa ia dimuat naik.
Foto : Instagram Che Ta
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini penyanyi dangdut Haiza Hanafi atau sinonim dengan panggilan Haiza telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi yang terkenal lagu Dag Dig Dug itu telah berkongsi gambar perkahwinan anak sedaranya.
“Terimalah album tradisional daripada saya Maaf ni bukan saya tapi anak buah saya.Cantiknya Kaklong…Tq @chikathedivas cantikkan anak buah mak.Love sangat.. 30.03.19”tulisnya.
Baru sahaja memuat naik klip rakaman seorang kanak-kanak didera oleh seseorang dipercayai ibu angkat dan merayu tindakan segera, Amyza Aznan menarik nafas lega apabila wanita tersebut telah ditahan pihak polis untuk siasatan.
“Alhamdulillah.. SYABAS @pdrmsia_official KERANA CEPAT BERTINDAK DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG MEMBERI INFO KEPADA PIHAK SEPATUTNYA. #SIFARDERAKANAKKANAK”
Memerik artikel Berita Harian, wanita yang disyaki melakukan penderaan ke atas anak angkat yang berusia tujuh tahun telah ditahan di Jalan Sungai Tua, Batu Caves.
Suspek ditahan susulan laporan seorang individu yang melihat video tersebut viral di media sosial.
Siasatan turut mendedahkan suspek sering memukul mangsa kerana mahu melepaskan geram terhadap suami yang juga bapa saudara mangsa.
Bagaimanapun, suspek dan suami sudah bercerai awal tahun ini.
Menerusi posting sebelum ini, Amyza turut menjelaskan dia terpaksa menutup ruangan komen bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.
“DENGAN RASA RENDAH HATI SAYA, JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YG TELAH MEMBANTU KANAK2 INI, SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. INFO TERKINI ,KES INI TELAH PUN DI DALAM SIASATAN PIHAK BERKUASA. TERIMA KASIH @pdrmsia_official DI ATAS TINDAKAN YANG SANGAT PANTAS.
“SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMELIHARA /MELINDUNGI ANAK INI, DAN ANGGOTA PDRM YG SENTIASA MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB MELINDUNGI RAKYAT MALAYSIA. DENGAN INI SAYA OFF COMMENT UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM YG AKAN TERCETUS.
“SEMOGA KES INI DAPAT DISELESAIKAN DAN JANGAN BERULANG LAGI. KEPADA SEMUA, JADI LAH MATA DAN TELINGA KEPADA @pdrmsia_official UNTUK SIFAR KES DERA.
“AMIN.ASSALAMUALAIKUM DAN SEMOGA SEMUA YG PRIHATIN DAN MEMBANTU,SENTIADA DALAM RAHMAT ALLAH S.W.T.”
Terdahulu, pelakon senior ini berkongsi sebuah video yang memaparkan kanak-kanak malang tersebut dipijak dan ditendang oleh pelaku sambil menyebut “ini anak kau kan?”
Meskipun netizen mengatakan ia adalah video lama dan tidak perlu diperbesarkan, namun kes dera kanak-kanak adalah serius dan pelakunya harus diambil tindakan tegas. Syabas PDRM.
Foto – Instagram Amyza Aznan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, PU Riz tampil berkongsi pandangannya mengenai isu menegur adik ipar, khususnya dalam hal berkaitan kewajipan agama seperti menutup aurat.