Anggota kumpulan nasyid Unic, Fakhrul baru-baru ini ada memuat naik sebuah posting berkenaan dengan pandangannya terhadap komuniti LGBT di Instagram.

Bagaimanapun, menerusi platform sama yang dikemas kini, penyanyi berkenaan telah memuat naik posting terbaru berhubung hal sama.

Kali ini, bintang berkenaan memaklumkan bahawa posting yang dimuat naiknya sebelum ini telah pun dipadamkan.

IKLAN

“Posting sy kena delete..masa sy post psl LGBT hritu mmg dah agak pun takkan ada lama punya..kena report dgn komuniti ni,” tulisnya.

Pada masa sama, fakhrul turut mengatakan, ia dipadam kerana difahamkan, posting tersebut mengundang keganasan.

IKLAN

“Dikatakan post tu mengundang keganasan..hmmm.nak citernye komuniti ni mmg ramai la sbnrnya. takpa kita post lain nnti. abam post tarannum ko report ko terbakar,” kongsi Fakhrul.

Sehingga artikel ini ditulis, posting tersebut sudah pun menerima lebih 6,000 tanda suka di kalangan pengikutnya.

IKLAN

Foto: Instagram Fakhrul Unic

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI