Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia selepas Subuh.
Ads
Memetik daripada Astro Awani, isteri Abam, Nor Hidayah memaklumkan arwah tidak sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
Ads
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan baru sahaja dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan. Arwah turut berhasrat untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.
Jenazah akan dibawa ke Tahfiz Darul Quran Al-Wildan Gombak.
Foto : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Allahyarham Ashraf Sinclair berhajat untuk menunaikan umrah bersama isteri, Bunga Citra Lestari dan anak Noah Sinclair dalam tempoh terdekat.
Namun, semuanya tidak kesampaian apabila Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Perkara itu dikongsikan Ustaz Samsul Maarif yang merupakan sahabat Allahyarham.
Malah, Samsul berkesempatan untuk menziarahi pusara Allahyarham, memandangkan dia baru sahaja pulang dari menunaikan umrah.
“Hubungan kami sangat baik dan harmoni. Kami sudah berkawan sejak tiga tahun lalu.
“Kali terakhir kami berbual adalah ketika itu saya berada di Madinah.
“Ketika itu (pada bulan Ramadan 2019), Ashraf ada berhajat untuk membawa Bunga dan Noah menunaikan umrah bersama,” kata Samsul menerusi video KH Infotainment.
VIDEO
Terdahulu, arwah yang berusia 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.
Video : KH Infotainment
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi entri terbaru isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau mesra disapa Dr. Erin, wanita ini ada berkongsi beberapa keping foto saat bertemu empat mata dengan bekas isteri Farhan, Fatin Nurul Ain.
Malah, kedua-dua wanita berkenaan saling berpelukan dan merakam foto bersama.
Dalam pada itu, Erin turut memuji sikap Farhan yang profesioanal dan matang dalam menguruskan hal rumah tangga.
“Wahai zaujku @farhanmutawwif, Engkaulah seorg manusia yg boleh memberikan jwpan dr ramai2 ust yg sy pernah tanya dari segi agama kenapa sy harus trima berpoligami pd awal perkenalan.
“Suamiku inilah manusia yg blh menjawap semua persoalan ku dan mengubah hati dan akalku tentang knp org perempuan kena sakit hati dlm bab ni mcm xadil je..apa perasaan lelaki kalau perempuan dia ada laki lain mesti sakit kan.
“Tp ayg blh memberikan jwpan yg boleh membuka hati sy utk berpoligami ketika itu wlp sy seorg anti poligami..xmungkin sy berkongsi suami dgn org lain sy rela menjanda 100 kali pun.
“Biarla org nk kata sy atur laki dlm hidup sy, janji sy xshare dan xamik laki org, sy xkisah keje siang malam utk bsrkan ank wlp bekas2 suami xbg sekupang pun, sy blh hadapi smua ujian yg diberi cuma sy selalu berdoa jgnla Engkau Ya Rabb uji sy dgn dpt laki kaki perempuan or laki org sbb tu je yg xmampu sy hadapi dlm dunia ni, sy selalu kata sy yakin Allah ada dan selalu minta Allah jaga hati sy,” tulisnya.
Meski pernah dicemuh masyarakat mengenai kisah rumah tangganya bersama Farhan, namun dia tetap positif dan tenang menghadapi dugaan dariNya.
“Tp tula bila Allah nk makbulkan doa2 kita ni Allah uji dl betul ke ko btl2 beriman ko redha dgn segala ujian segala takdir yg Aku tetapkan wlp tu paling ko xmampu hadapi.
“Allah beri sy 1 tiket ujian di cemuh di keji sbb kawin laki org benda yg sy paling xblh hadap tp tula sy rasa sy dh blh hadapi smua ni dgn hati yg tenag.
“Moga Allah mendgr dan makbulkan doa sy utk jd mcm arwah mama sy yg sgt penyabar orgnya dlm kehidupannya yg di madukan dan di abaikan tp dia redha xpernah ckp buruk psl suaminya wlp Dpn kami ank branak sbb dia kata mungkin ni tiket dia utk masuk syurga melalui suami dia yg abaikan dia..smp akhir hayat mama, abah tetap true love mama wlp abh ada true love yg lain.
“Perginya mama dlm keadaan yg sgt indah mengadap cinta Agong moga Allah tempat kan mama si syurga bersama org2 yg sabar..sy pun akn korban perasaan sy jg kalau itu blh membuatkan suami dan ank2 sy happy.
“Utk zaujku yg dikasihi tetaplah memberi ilmu kebaikan wlp kadang2 kita dianggap salah kerna kita smua pendosa dimuka bumi ni xde sorg yg xbt salah..jalani kehidupan dgn sebaik mungkin.
“Selagi mn sy masih isteri sy akn sentiasa berada d belakang ayg..kalau ditakdirkn sebaliknya ayg tetap tok imam favourite sy,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terharu melihat keakraban Erin dan Fatin yang bertemu muka dan saling berpelukan.
Terdahulu, Fatin dan Farhan pernah berkahwin dan bercerai dengan talak satu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fariha, 2 tahun dan Nik Farrel Fahim yang dilahirkan pada 5 Januari lalu.
Farhan turut memaklumkan dia telah bernikah dengan Erin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.
Foto : Instagram Dr. Erin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon asal Malaysia yang juga suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf Sinclair dilapor meninggal dunia, pagi Selasa.
Memetik Kompas.com, bintang berkenaan meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung.
Berita mengejutkan itu difahamkan telah disampaikan pengurus BCL, Doddy.
“Serangan jantung,” katanya seperti yang dipetik. Bagaimanapun setakat ini, tiada perincian lanjut mengenai butiran lainnya.
Sementara itu memetik mStar, berita berkenaan turut disahkan oleh ibu arwah, Khadijah Abdul Rahman menerusi aplikasi WhatsApp.
“Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang,” katanya seperti yang dipetik.
Meninjau ke ruangan komen di Instagram Allahyarham, para peminat termasuk rakan selebriti dilihat memberi dedikasi terakhir buat arwah selain merakamkan ucapan takziah buat BCL sekeluarga.