Aaron Chia dan Soh Wooi Yik membawa khabar gembira buat Malaysia apabila mereka berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara beregu lelaki badminton sebentar tadi.
Kemenangan mereka sekaligus menjadikan ia pingat pertama buat negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bermula sedikit goyah pada set pertama, Aaron dan Wooi Yik bangkit kembali pada set kedua dan set ketiga sekaligus mencatat mata 16-21, 22-20, 21-19.
Ads
Wakil Denmark, Anders Skaarup Rasmussen dan Kim Astrup yang berada di kedudukan ke-2 dalam ranking dunia terpaksa berpuas hati berada di kedudukan ke-4 untuk edisi Olimpik kali ini.
Imbas kembalik, Aaroon dan Wooi Yik yang juga pemain ke-3 dunia ketiga ini sebelum ini turut memenangi pingat gangsa acara yang sama di Olimpik Tokyo 2020.
Ads
Dengan kemenangan mereka, sedikit sebanyak menaikkan semangat pasukan badminton serta atlet Malaysia lain yang masih bertanding.
Ads
Malaysia mempunyai peluang untuk meraih gangsa esok apabila Lee Zii Jia bakal menentang pemain India, Lakshya Sen dalam penentuan tempat ketiga dan keempat acara badminton perseorangan lelaki.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tidak mempunyai niat untuk mengeruhkan lagi hubungan bersama keluarga mentua susulan kenyataan yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.
Menurut Bella, dia harus memberikan kenyataan tersebut bagi menjawab pertanyaan ramai selepas ada dakwaan yang mengatakan dirinya sengaja melarang anak-anak untuk bertemu dengan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz.
“Saya faham bila ada yang muak dengan perkongsian saya melibatkan hal peribadi di media sosial. Saya sebenarnya sudah tidak suka lagi nak berkongsi perkara seperti itu.
“Saya nak move on dan berkongsi hal yang positif berkenaan diri saya, kerjaya dan anak-anak. Namun, bila ada perkara yang tidak henti-henti diperkatakan, saya perlu meletakkan tanda noktah.
“Saya tiada niat nak pisahkan anak-anak. Biarlah hal ini jelas. Jika pihak di sana ada memberikan apa-apa reaksi balas, saya tidak akan berkata apa-apa lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bermanja-Manja ini akui sudah berfikir panjang dan meminta pendapat orang tuanya sebelum memuat naik hantaran tersebut.
“Segalanya sudah saya ucapkan dan saya lega. Kini, saya nak move on. Itu yang lebih penting. Saya tidak akan muat naik posting seperti itu lagi.
“Saya sebenarnya berat hati nak kongsi posting tersebut. Saya ada minta pendapat daripada kedua orang tua dan mereka faham. Kata mereka, kalau saya simpan sendiri, nanti akan beri tekanan,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada Aliff ada menghubungi anak-anak, ini jawab Bella;
“Alif langsung tiada hubungi anak-anak. Kali terakhir adalah ketika Hari Raya. Dia ada hubungi ibu saya. Ketika itu juga berlakunya cubaan untuk mempengaruhi minda anak-anak saya.
“Jadi, saya ambil iktibar,” katanya lagi.
Terdahulu, Bella telah diumumkan selaku pemenang bagi kategori Celebrity Of The Year di Tik Tok Awards 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Ahad.
Mengulas mengenai kemenangannya itu, Bella mendedahkan ia hasil daripada sokongan peminat dan bukan kontroversi semata.
“Kontroversi? Itu saya tidak pasti tapi ramai yang mendoakan saya. Sejak apa yang berlaku dalam kehidupan saya, saya akui memang dapat perhatian ramai.
“Pada masa sama, saya bersyukur kerana mereka ambil berat fasal saya dan anak-anak. Saya aktif di Tik Tok sejak 2018 dan banyak dibantu oleh adik saya Didi Astillah.
“Dia akan kongsikan trend terkini. Malah, saya juga orang terawal yang dipilih untuk mempromosikan Tik Tok. Saya bangga bila melihay Tik Tok kini menjadi platform yang besar dan beri manfaat,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak boleh nak cerita lebih-lebih, kalau tak jadi malu. Serah pada Allah.” Demikian kata pelakon berkaliber, Ellie Suriaty yang tidak menafikan dia kini sedang jalin hubungan istimewa dengan lelaki bujang berusia lewat 30an lebih setahun lalu.
Akui si dia turut terbabit dalam bidang seni, Ellie bagaimana pun belum sedia untuk berkongsi lanjut mengenai latar lelaki yang kini sedang rapat dengannya itu.
“Kami masih alam fasa mengenali hati budi. Apa pun sekarang ini saya hanya menikmati kehidupan saya dan hubungan yang sedang dibina.
“Cuma untuk saya, rasa terharu bila ada yang sudi untuk mengenali dan mahu berkawan dengan kita. Tapi untuk setakat ini, kami hanya berkawan sahaja. Cuma yang ini, dia istimewalah,” katanya.
Elie berkata demikian ketika ditemui sejurus pementasan hari pertama teater Andak Bertandak yang berlangsung di Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Teater Andak Bertandak yang dipentaskan sehingga 1 September depan itu diarahkan oleh Azhar Zainal dan skrip oleh Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Selain Ellie, ia turut menampilkan Azhan Rani, Jay Iswazir, Dottie, Riena Diana, Fadhli Masoot, Aizat Saha dan Razman Mahayuddin.
Ellie pada masa sama terbuka mengenai jodoh dan menyifatkan insan yang sedang dikenalinya itu sebagai lelaki yang baik.
“Dia orang yang baik. Ya, dia juga lebih muda usianya daripada saya. Namun apa yang penting, dia boleh menerima anak-anak saya. Kalau sebaliknya, rasanya saya tidak boleh untuk meneruskan hubungan ini.
“Segan sebenarnya. Ini pun macam… Awak tak kisah ke saya lebih tua daripada awak. Saya 53 tahun gila!
“Katanya dia sukakan wanita matang, bukan yang kebudak-budakan. Segan juga untuk bercerita,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, dia hanya berserah kepada jodoh Yang Maha Esa apabila ditanya mengenai meneruskan hubungan ke fasa yang lebih serius selepas ini.
“Itu semua kita serahkan kepada Allah Ta’ala apabila bercakap mengenai jodoh. Tak boleh nak bercakap lebih.
“Apa pun, masing-masing kena memastikan sama ada keluarga kedua belah pihak boleh menerima hubungan ini memandangkan dia masih bujang. Jadi saya memang berserah kepadaNya.
“Tiada istilah untuk terlalu menekan di dalam perhubungan ini. Apa pun, saya bersyukur kerana ditemukan dengan orang yang baik, alhamdulillah,” katanya lagi.
Imbas kembali, Ellie bercerai dengan pelakon Azri Iskandar dengan talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun berumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Makhkamah menetapkan 25 September depan bagi sebutan semula kes perceraian pasangan Syamsul Yusof dan Ira Kazar.
Peguam mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, kedua-dua pihak perlu hadir pada tarikh tersebut.
“Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula iaitu 25 September, jam 3 petang.
“Pada tarikh tersebut Ira hendaklah hadir bersama peguam dia, begitu juga dengan Syamsul.
“Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada setuju atau tak dengan tuntutan cerai. Jika setuju, Syamsul boleh lafaz cerai.
Azmi berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Timur, pada Selasa.
Ditanya mengenai respon Syamsul mengenai prosiding lafaz cerai yang terpaksa ditangguhkan, Azmi berkata pengarah filem KL Gangster itu akur dengan keputusan mahkamah.
“Seperti saya katakan, Syamsul memang bersedia melafazkan dan melepaskan Ira hari ini. Syamsul terpaksa akur apabila tunda tarikh baharu. Saya difahamkan mereka memang tiada kesefahaman.
Dalam pada itu, Azmi turut berkongsi keadaan Syamsul berhubung kemulut rumah tangganya.
“Syamsul tidak menghilang. Dia ada sahaja di Malaysia. Pada saya, dia nampak tenang sahaja dan tidak serabut.
“Kami ada berjumpa ketika untuk berbincang proses cerai ini. Dia stabil dan baik-baik sahaja.
Untuk info, Syamsul menfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.
Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.