King of Bollywood, Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao dikuarantin selama seminggu kerana telah dijangkiti virus Influenza A H1N1 atau lebih dikenali selesema babi.

Aamir Khan telah mendedahkan perkara itu menerusi persidangan video yang diatur pada majlis ‘Satyamev Jayate Water Cup 2017’kerana tidak dapat menghadirkan diri.

Difahamkan, Aamir Khan dijadualkan menghadiri acara itu, tetapi terpaksa dibatalkan kerana jangkitan tersebut.

Ketika acara berlangsung, aktor filem Dangal itu menyatakan rasa kesal beliau menerusi video call.Bagaimanapun penampilan Aamir Khan diganti oleh Raja Bollywood, Shah Rukh Khan.

Ads

“Terima kasih Aamir dan Kiran karena memberi saya penghormatan untuk berdiri di tempat anda,” tulisnya di Instagram.

Aamir Khan yang sepatutnya menghadiri acara itu tetapi terpaksa membatalkannya selepas dikesan dijangkiti virus tersebut.Kini, Kedua-dua mereka kini dirawat di kediaman mereka di Mumbai.

Ads

“Kami telah dikesan dengan virus H1N1. Ia dikenali sebagai selesema babi.

“Ia boleh merebak dengan mudah, oleh itu kami perlu dikuarantin selama seminggu,” kata pelakon berusia 52 tahun itu.

Menurut laporan, Aamir terlebih dahulu menerima jangkitan virus tersebut sebelum menular kepada Isterinya.

Ads

Ekoran itu, di media sosial peminat pasangan tersebut dihujani pelbagai ucapan mendoakan kesihatan mereka agar cepat sembuh dan kembali sihat.

Menurut laporan portal The Hindu, sebanyak 850 kes dan 16 kematian telah dilaporkan di Mumbai pada tahun ini.

Sumber : Hindustantimes

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI