Baru-baru ini, MH berkesempatan untuk bertemu dengan pengarah pelakon, Erma Fatima semasa sidang media Drama Festival Kuala Lumpur bertempat di Nate Bistro.

Dalam sedang berbual-bual santai, terkeluar pula kisah Erma yang pernah keluarkan kenyataan ‘back up’ pelakon, Fattah Amin tahun lalu berikutan ramai yang mengecam lakonan beliau dalam drama ‘My Coffee Prince’.

Katanya, dia melontarkan pandangan tersebut berdasarkan apa yang dilihat dan tegas Erma lagi bahawa Fattah tidak ‘kayu’ dalam drama tersebut.

IKLAN

“Ceritanya macam ni, saya tonton lah drama ‘ My Coffee Prince’ tu, cerita tu comel. Lagipun itulah pertama kali tengok Fattah berlakon. Sebelum ini memang tak pernah.

“Pada pandangan saya, dalam drama tersebut dia tak kayu. Saya pun tak faham bila orang asyik kata dia ‘kayu, kayu’. Tang mana?

“Drama itu kan ‘sweet-sweet’ gitu, jadi dia (Fattah) tak lah perlu berlakon yang beria sangat. Fikir logik lah, tiada sebab untuk saya ‘back up’ dia beria… tapi yang pasti dia memang comel lah.

“Hari itu, ‘first time’ saya jumpa dia secara berdepan, memang comel,” katanya.

Sebagai seorang pengarah yang berpengalaman, mestilah Erma lebih arif mengenai selok-belok lakonan kan? Kalau dia kata Fattah boleh berlakon, maknanya memang boleh berlakon lah kan?

‘98 % Pelakon Belum Sampai Tahap ‘Expect To Be’, 2% Asyik Berlakon Cerita Begitu’ – Emma Fatima Jelas Kenapa Kata Fattah Tak Kayu!

IKLAN

Tambahnya lagi, beliau mendakwa bahawa rata-rata pelakon kini belum mencapai tahap yang boleh dipanggil pelakon yang bagus.

IKLAN

“Saya lihat 98 peratus pelakon belum sampai tahap yang kita ‘expect to be’ pelakon. Lagi 2 peratus tu, malangnya asyik berlakon cerita begitu aja.

“Sayang sebab mereka ini tidak digilap dengan betul,” katanya lagi.

Barangkali, Erma boleh tubuhkan sekolah lakonan khas supaya pelakon yang berbakat boleh digilap lebih lagi?

Yalah, MH lihat masyarakat sekarang pun kini sudah lebih terbuka dan dahagakan lakonan dan drama yang berkualiti berbanding apa yang sering disajikan setiap hari di kaca televisyen.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI