Kembali untuk tahun ketiga, All Star Influencer Award (ASIA) 2025 bakal menjadi pentas utama dunia digital apabila seramai 80 pencipta kandungan dari 20 negara Asia dan Timur Tengah berkumpul di Malaysia.

Para peserta akan menjelajah ke lapan negeri di seluruh negara bagi menyertai aktiviti penciptaan kandungan kreatif yang mengetengahkan keindahan, budaya serta keunikan destinasi pelancongan tempatan sebelum melangkah ke malam anugerah.

“Setiap dua negeri akan menerima 20 pencipta kandungan dalam tempoh tertentu, di mana mereka akan terlibat dalam pelbagai eksplorasi dari makanan tempatan, seni budaya, alam semula jadi hinggalah ke cabaran digital,” ujar penganjur, Dato’ Abd. Rahman Soltan.

Perjalanan peserta akan bermula di Johor dan Pahang pada 20 hingga 25 Julai depan, diikuti Melaka dan Selangor (17-20 Ogos), kemudian ke Pulau Pinang dan Langkawi (14-20 September), sebelum berakhir di Sabah (14-17 Oktober).

ASIA2025 turut menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang bertujuan mempromosikan keindahan, kepelbagaian budaya serta destinasi pelancongan Malaysia kepada dunia.

“Ini adalah antara platform digital terbaik untuk terus memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancongan digital dan kreatif di rantau ini.

“Gabungan pengaruh digital dan keunikan budaya tempatan dijangka meningkatkan lagi kesedaran global terhadap tarikan pelancongan Malaysia menjelang tahun 2026,” kata Dato’ Abd. Rahman.

80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Trofi ASIA 2025, Arena Tinju Gabungan Sukan & Digital Turut Ambil Tempat! 80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Trofi ASIA 2025, Arena Tinju Gabungan Sukan & Digital Turut Ambil Tempat!

Malam Anugerah & Pengiktirafan

Kesemua peserta akan kembali berkumpul untuk menghadiri Majlis Gala Anugerah pada 19 Oktober 2025, dengan lokasi rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ads

Sebagai penghargaan atas usaha dan kreativiti peserta, pemenang utama bakal menerima wang tunai USD15,000 berserta percutian eksklusif ke Dubai.

Tempat kedua membawa pulang USD5,000 dan percutian ke Dubai, manakala tempat ketiga pula menerima USD1,000 dan pakej percutian yang sama.

Selain itu, 10 peserta terbaik keseluruhan turut akan dipilih untuk menyertai trip istimewa yang ditaja sepenuhnya ke destinasi sama, sebagai pengiktirafan terhadap kandungan dan pengaruh hebat yang dihasilkan sepanjang program

Lebih 13 kategori anugerah akan dipertandingkan seperti Best Gourmet Award, Best Storyteller, Best Culture Curator dan banyak lagi. 

Dengan gabungan pengaruh digital, lokasi eksotik dan hadiah lumayan, edisi tahun ini dijangka menjadi antara acara paling dinantikan dalam kalangan pencipta kandungan dari Asia dan Timur Tengah.

Tahun lalu, tanda pagar #AllStarInfluencerAward2024 berjaya meraih lebih 500 juta capaian digital di aplikasi TikTok dan tular di pelbagai platform media sosial dalam tempoh setahun.

Ads

Pada edisi lalu, pempengaruh dari Indonesia, Saal Haerid menjuarai All Star Influencer Award (ASIA) 2024, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000, trofi eksklusif dan pakej percutian mewah ke Dubai.

Saal turut memenangi kategori Ciptaan Kandungan Terbaik, melayakkannya menerima wang tunai AS$1,000 (RM4,419.50) dan trofi.

Abyan Calief, juga dari Indonesia, meraih tempat kedua manakala wakil Malaysia, Imranul Effendi, membawa pulang trofi, wang tunai AS$3,000 (RM13,258.51) serta percutian ke Dubai.

Asia Championship 2025: Arena Tinju Bertaraf Digital

Sementara itu, satu lagi acara berprestij bakal berlangsung iaitu Asia Championship 2025, kejohanan tinju berkonsepkan gabungan dunia sukan dan digital, yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober depan.

Menueut Dato’ Abd. Rahman, acara ini bakal menjanjikan satu pengalaman luar biasa, melangkaui sekadar perlawanan dalam gelanggang, malah menampilkan kolaborasi artis, influencer dan atlet, menjadikan ia acara merentas sempadan fizikal dan maya.

Ads

“Asia Championship bukan sekadar satu pertembungan para peninju, tetapi satu pentas moden yang menyatukan semangat kesukanan dengan dunia digital.

“Kami mahu wujudkan satu budaya baharu di mana sukan bukan sahaja disaksikan, tetapi turut dikongsi, diikuti dan diraikan dalam alam media sosial,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak Asia Championship akan menyediakan latihan khusus bagi setiap peserta menjelang kejohanan, sebagai persiapan mental dan fizikal.

Untuk edisi 2025, seramai 16 anak muda tempatan telah disahkan menyertai kejohanan dalam dua kategori, dan pihak penganjur kini dalam perbincangan untuk menambah kategori serta peserta baharu yang berminat.

“Permohonan masih dibuka. Ini bukan semata-mata untuk cari siapa paling kuat, tetapi untuk membangunkan semangat sukan dan disiplin dalam kalangan anak muda kita,” jelasnya.

Asia Championship 2025 dijangka menjadi medan baharu yang bukan sahaja mengangkat sukan tempur ke tahap lebih tinggi, tetapi turut menekankan pengaruh digital, pengisian kandungan dan keterlibatan komuniti dalam era baharu dunia sukan dan hiburan.

80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Trofi ASIA 2025, Arena Tinju Gabungan Sukan & Digital Turut Ambil Tempat! 80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Trofi ASIA 2025, Arena Tinju Gabungan Sukan & Digital Turut Ambil Tempat!

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads