7 Tahun Ada Bersama, Pengurus Khai Bahar Meninggal Dunia

Share

Penyanyi, Khai Bahar berkongsi berita sedih apabila memaklumkan pengurusnya, Fadly Yusof telah pun kembali ke rahmatullah.

Khai turut dilihat menitipkan doa semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman.

“2013 till 2020 , Assalamualaikum, Dimaklumkan bahawa Fadly yusof ( manager ) telah kembali ke rahmatullah.

“Doakan semoga beliau tergolong dalam kalangan orang yang beriman. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-fatihah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Luluh itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Melihat diruangan komen, rata-rata rakan memberikan kata-kata semangat buat Khai.

Dalam pada itu, para peminat turut menitipkan ucapan takziah diatas kehilangan tersebut.

Sumber: Instagram Khai Bahar

IKLAN