Sedar tak sedar program Gegar Lawak yang mengetengahkan pencarian bakat lawak baru sudah sampai ke minggu akhir.

Seramai 5 daripada 14 peserta berjaya menjadi finalis untuk Final Gegar Lawak yang bakal diadakan pada Jumaat ini.

Mereka yang berjaya adalah Padil, Eyya, Kiut, 2B dan Abata.

5 Finalis Ke Gegar Lawak Final

Buat pengetahuan anda, program ini sudah bersiaran sejak pertengahan Januari lalu menampilkan peserta daripada Malaysia dan Indonesia.

IKLAN

Dalam pada itu, peserta turut mempunyai ‘rakan komedi’ dan penasihat terdiri daripada 4 orang pelawak terkemuka iaitu Tauke, Nizam Jentik-Jentik, Ali Puteh dan Dzawin.

Selain itu, MH difahamkan bahawa pemberian markah adalah 70 peratus daripada juri manakala 30 peratus lagi menerusi undian penonton.

IKLAN

MH lihat hadiah yang ditawarkan lumayan juga iaitu juara akan membawa pulang RM50,000, naib juara sebanyak RM 25,000 manakala tempat ketiga pula RM 15,000.

5 Finalis Ke Gegar Lawak Final

IKLAN

Tempat keempat dan kelima akan membawa pulang RM10,000 dan RM5,000. Kesemua peserta turut mendapat trofi.

Pada MH, wujudnya peluang seperti ini sangat bagus kepada mereka yang tercari-cari platform untuk memasuki industri lawak tanah air.

Apa-apapun MH ucapkan selamat maju jaya kepada peserta.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI