Bagi peminat drama tempatan, pasti mengingati salah satu drama popular sekitar tahun 2005 lalu iaitu siri Gol & Gincu. Drama yang turut diangkat menjadi naskhah filem itu diakui mempunyai kelompok peminat sendiri, hingga ada yang membayangkan, siapakah aktres wajah baru yang paling layak untuk memegang watak Putri yang sebelum ini dijayakan cukup cemerlang oleh Fazura.Turut sama berlakon di dalam drama dan versi filem tersebut ialah Sazzy Falak, Ashraf Sinclair dan Pierre Andre.

Oh Yes! berita baik buat penggemar siri arahan Bernard Chauly itu apabila produksi drama Red Films difahamkan bakal menjalankan sesi uji bakat di dalam pencarian wajah baru filem tersebut Disember depan.Jadi, jom speku, siapa yang paling kena untuk pegang watak Putri. Ini telahan kami saja tau. Bagaimana pula dengan korang?

Raysha Rizrose

5 Aktres Baru Paling ‘In’ Pegang Watak ‘Putri’ Dalam Gol&Gincu

Pemenang Dewi Remaja terbaru ini menjadi pelakon yang dirasakan paling layak untuk mendukung watak Putri. Penampilan menarik, bijak dan bervisi menjadi aset terbaik buat Raysha untuk terus mengatur langkah dalam seni. Malah, kredibiliti lakonan adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose ini sudah pun terbukti menerusi beberapa buah drama rantaian, misalnya Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin di samping Idris Khan.

Zahirah MacWilson

5 Aktres Baru Paling ‘In’ Pegang Watak ‘Putri’ Dalam Gol&Gincu

IKLAN

Apa lagi yang boleh dikatakan mengenai aktres cantik ini? Seiring dengan kisah sensasi yang melingkari kehidupan glamornya, Zahirah juga menjadi calon ‘Putri’ kami yang paling serasi untuk bawakan watak tersebut. Deretan drama lakonannya mendapat sambutan luar biasa.

Hannah Delisha

5 Aktres Baru Paling ‘In’ Pegang Watak ‘Putri’ Dalam Gol&Gincu

Aktres asal Singapura yang bakal muncul menerusi filem Langsuir ini juga kami rasa menjadi aktres paling tepat untuk memegang watak berkenaan. Sesuai dengan usia muda dan masih jauh perjalanannya dalam bidang lakonan di negara ini, profil seninya pasti menjadi andai dapat memainkan watak ikonik tersebut. Apa kata korang?

IKLAN

Elvina Mohamad

5 Aktres Baru Paling ‘In’ Pegang Watak ‘Putri’ Dalam Gol&Gincu

Penglibatan aktres berusia 25 tahun ini dalam industri seni baru masih lagi baru. Bagaimanapun, lakonannya pantas mencuri perhatian penggemar drama Melayu. Antara drama yang menaikkan nama pelakon asal Perak ini ialah Suamiku Paling Sweet, Cinta Si Wedding Planner dan Jojie Gigil.

IKLAN

Mimi Lana

5 Aktres Baru Paling ‘In’ Pegang Watak ‘Putri’ Dalam Gol&Gincu

Seorang lagi aktres yang mungkin sesuai untuk menjayakan watak tersebut ialah Mimi Lana. Namanya kian mencuri tumpuan setelah muncul menerusi beberapa buah drama dan terkini, dia bakal muncul di dalam drama Cinta Koko Coklat yang bakal ditayangkan di TV3. Meski kisah kontroversi pernah menyelubungi perjalanan kerjayanya, namun isu tersebut sedikit pun tidak mematahkan semangat bekas perserta Dewi Remaja peringkat awal ini untuk terus mengatur langkah.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI