“4x In 1 Month,” – Empat Kali Dalam 30 Hari, Zul Ariffin Kali Ini Dikejarkan Ke Hospital Di Jakarta. Apa Fasal Tu?

Share

Berada di Jakarta ketika ini untuk Malam Gala tayangan Misteri Dilaila, Zul Ariffin terpaksa keluar panggung dan dikejarkan ke hospital.

Menerusi entri di laman Instagram, aktor kacak ini memohon maaf kepada peminat Indonesia kerana tidak dapat melakukan sesi beramah mesra. 

Terpaksa keluar daripada pawagam dan terus ke hospital..kepada peminat dari Jakarta yg hadir ke premiere tadi, saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat film, saya minta maaf….”

Ruang komen pelakon Gerak Khas ini terus dibanjiri doa dan ucapan yang mendoakan kesembuhan dan kesihatannya.

Menerusi entri terdahulu di Instagram, Zul juga turut berkongsi foto yang merakamkan dirinya sedang menerima rawatan. 

Foto – Instagram Zul Ariffin

IKLAN