“4 Tahun Hadap Anak Lelaki, Dapat Girl Baru Sebulan Dah ‘Dress-up Kan’ Macam Pengantin,” – Nad Zainal Pakaikan Som Gaun Di Hari Raya, Comelnya!

Share

Pelakon Nad Zainal ada berkongsi beberapa keping fotonya bersama keluarga bersempena dengan sambutan 1 Syawal di Instagram.

Mengenakan persalinan sedondon hijau gelap, perkongsian dari bintang Takdir Yang Tertulis itu cukup mencuri tumpuan, apatah lagi apabila anak keduanya, Budi Kalsom turut sama ‘melaram’ meski baru dilahirkan 30 Mac lalu.

Malah menerusi salah satu entri di Instagram, Nad memberitahu panggil sahaja anak bongsunya itu dengan sapaan ‘Som’. 

“Salam 1 Syawal. Assalamualaikum, ini Budi Kalsom, panggil saja Som.

“Selain nak tunjuk “otot” , nak tunjuk tilam @tinypalms edisi KALSOM, bertulisan jawi pertama dari @tinypalms dan gaun feeling pengantin dari @wajieibrahim.

“Sebab mak kita 4 tahun hadap anak lelaki, so dapat anak girl baru sebulan dia dah dressupkan kita macam pengantin,” tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian rakan artis dan peminat yang turut sama memberikan reaksi pada entri komen.

Terdahulu, Nad mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan turut mempunyai seorang anak lelaki, Fahad Ibrahim kini sudah berusia lima tahun.

Foto: Instagram Nad Zainal

IKLAN